nuffnang

Wednesday, November 23, 2005

Breakfast companion

Pagi nie, aku macam burung,. Mencari teman utk breakfast. Gi café depan, geng summer takder. Dah la ramai nak mampos macam ulat taik. Last sekali aku, gi blakang, jumpa ada sorang geng ajak aku makan depan. Patah balik. Dia pun boring. Ramai sangat. Celaka!Aku dah kata tadi macam ulat taik dalam café tu.
Aku segera gi café belakang. Perut dah lapar giler! Metal detector punyer la ramai org kuar masuk. Dalam ati aku kata, café belakang nie sure gerenti penuh giler. Aku gi outbound area. Check apa yg patut. Tipon supplier tanya bila design baru nak sampai. Dia kata mungkin pagi nie. Laaa, aku ingat semalam. Dalam ati dah berkobar nak tgk design baru aku tu. Jumpa la si baghal yg maki aku last week. Buat tak tau. Malu la tu. Aku masuk balik gi tgk line. Rasa macam ada benda tak kena. Tapi elok jek aku tgk. Don’t be too optimist, boss aku kata. Tgk minah2 kilang tu summer dah turun masuk lline balik. So aku expect café belakang sure tak ramai org. aku gi café belakang. Tul dugaan aku. Tak ramai. Aku amik ½ dozen nugget ayam, dua fishball and ½ scoop nasi goring. Dgn 1 gelas the tarik. RM4!!! Mahal siall. Tapi takpe. Tauch n go card aku byk lagi. Lagi pun nak ujong bulan. Tak luak mana pun.
Ada dua tiga group member aku kat belakang tu. Tapi ada satu group yg menarik perhatian. Ada abg Bad. Ada satu sit kosong plak tu. Aku terus gi dok sebelah brader berambut Mawi tuh. Kitorang borak sakan. Walau pun unit kitorang sama, tapi kitorang kat luar memang rapat. Macam famili. Biasa la guys. Klu pompuan nie, dia ada klik2 tersendiri. Tu pasal aku tak berapa campur sgt.

Dan2, tak pasal2, tah sapa tah wisel, satu dewan café tu dgr. Kitorang ingat ada emergency je hapa. Rupanya, guard tu kata kata org nak datang. Apahal lak nak halau org. operator café punyer ketua keluar. Dia pun jerit, “aphal nie?!”
Aku cakap kat Abg Bad, nie mesti ada yg gado koboi nie. Hentak pakai kusi meja. Best nie. Last skali, sebelum pepe jadi, baik aku belah. Aku nye makan pun dah habis. Abg bad tah lesap ke mana. Tinggal semeja aku ngan bebudak sabah yg keje kat out bound. aku blah. Berjalan pantas. Sampai kat shipping, baru relax. Naik atas. Tgk muka boring makcik2 kat ofis aku. Takde life lansung. Pls la. Bila la aku nak kuar dari sini. Duduk. Terus blogging….

USD350K

Pagi, for the whole day, aku meluang kan masa crunching and crashing by brain to get six sigma project figure out of datas yg berselirat. At last I did. Yeah! Satu penemuan yg memeranjat kan. Target aku tak lah lebih USD10K.  semalam bila aku calculate balik ngan mentor aku, projek aku dapat USD350K.Wow! Aku rasa macam nak menjerit jek. Tapi control professional sebab kekadang data yang aku ada tu tak berapa reliable sangat. So terpaksa la ngadap kat ada sorang aweq bollywood yg muka ala2 Anjeli dalan kuch kuch ho ta hey.

Dia kata, “Your mentor never teach you how to get your realization phase done, huh?”

Aku kata, “Not exactly and entirely. But he told me to refer this to you for ‘the’ prerealization”.

Dia klu marah macamana pun, aku mesti suke tgk muka dia.

Petang tu, aku rasa macam malas jek nak buat pre realize tuh. So buat ari nie je la. Tu pun klu rajin.  

Monday, November 21, 2005

Weekend bersama kengkawanku

Sabtu, lepak ngan wan and housemate sebab ada foot ball match EPL. Plan nak tgk Chelsea vs Newcatsle. Mamak tu plak pro MU. Tensen kitorang. I just had tandoori chicken and a cup of coffee. Most of our eye balls concentrate on the screen. Umah aku ngan diorang tak de astro. Kenala penat skit gi mamak.
3-0 over New castle. Mid field, Joe Cole scores. Down without stars of choice, Owen and Shearer.
Balik umah wan, layan citer german, the experiment. Memang bagus citer tu. Konsep dia memang best. Biasa la german nyer movie memang first klas. Kabul bz ngan co baru dia yg baru setup. Gigih gak mamat tu buat keje. Keje cam main2, tapi klu usaha gigih, dia boleh jadi mister some body.
Kitorang layan sampai kul 3 pagi. Aku penat. Aku impromptu nak tido situ pun. Mat ada dgn abg ngan kawan abg dia yang baru balik dari sudan. Buat drilling kat sana utk Ranhill.

Kul 4 pg baru sampai umah. Layan movie kejap sampai terlelap.

Pagi ahad 20hb Nov. Bgn lambat. Gi anta laundry. Next week kot baru amik. Breakfast jap kat Hidayah, call rizal, tanya ada umah ke tak. Ada. Aku direct gi umah dia tgk bilik sewa tu condition dia macam. Ok. More pros than cons. No east coast people. Pas tu plan nak gi member kawin. Kat gombak. Jauh. Bulan nie plak tgh kering. So on the way nak ke KL tu, aku patah balik. Macam buat keje bodo jek aku tgh hari tu. Aku balik umah, gi makan kat Hidayah, petang lepak kat taman fav aku, tido sambil menikmati udara taman. Alangkah bagus klu ada aweq sama lepak ngan aku. Tapi aku masih mencari. Susah gak nak carik aweq yg bebetul serasi nie. Yg lepas tu pun bukan aku yang carik. Diorang yang datang kat aku. Nak kata aku nie hensem, tak gak. Ada yg sorang aku wusha dulu pun dok kat kg. Uitm dah start cuti skang. So takde chance for the second step. Ada aweq Panasonic tu pun, macam main layang2 jek. Yg kat New sign tu pun sama. Haii, bila la nasib aku nak berubah. Aku piker nak kawin jek skang nie. Bukan sebab nafsu, tapi sebab nak ada family. dah tiba masa nya utk aku serious.


Wednesday, November 16, 2005

Coming back to my home sweet home town.

It’s a very long nice weekend spent with my parent. Watching Malay drama altogether. Felt like when I was a child. But sadly, without both my sisters. It has been a long time ago we haven’t gone thru this moment. I went to my aunties’ house for Raya. They are getting old nowadays. Everyone vanished thru the time. Their children grown up. Setting up their own life and family. It was so empty and quiet. I miss my cousins a lot. I miss the moment when we used to play around my grandma’s yard. Today, the house is empty. No one is living there. It seems like I was not there when the moment went on. The yards at my parent’s home also change. Leaving me alone inside. Just a few chrysanthemum and some herbs planted during Raya’s eve. A few changes made on the structure of the house. Few plants planted have become dead weeds. Other herbs plant has replaced them which are to be hoped can be the medicine and some symptoms remedies.
I told my father that I am going to move to home, taking care of both my parents. My mother felt so happy and have already told every one about my decision. At last, her beloved son goes back home. I have a few adventurous moments during away from my parents. It’s time for to setting up my own decision to live there. I wish I could have more experience out here. Times running fast. I should go by now. I have just started searching for a job there in my home town.

Tuesday, November 08, 2005

I feel so lucky today

Ari nie boss mc ropenye. Tapi sempat la plak bom aku pepagi tadi dari umah dia. On the way gi ofis tadi, tetiba ada la plak lagu kylie minogue ‘ I feel so lucky’. Dah dua kali berturut2 aku dengar lagu tu berkumandang di corong radio. Skima la plak bahasa aku ari nie. Memang aku rasa macam lucky jek ari nie sebab tetiba jek byk idea dtg on the way ke opis. Nak plak bos aku escalate issue pasal tahapapantah. Aku rasa, walaupun ayat dia penting, simple and logical, tapi keje yg berkenaan dgn ayat dia memang la byk nak mampos. Nie pun aku rasa otak aku tgh tepu. Keje kat think tank department ni memang payah skit. Kena la perah idea tu sampai kering. Pas tu celup balik dalam beldi. Nie aku tgh celup otak aku dalam beldi la nie dgn blog nie.
Semalam aku contact teman2 skolah lama aku. Memasing summer macam tak kenal aku. Betapa byk nya perubahan pada diri aku sepanjang tahun semenjak aku meninggalkan alam persekolahan. Termasuklah kotak suara aku. Semalam lepak ngan tok gebuk, jumpa lagi sorang budak skolah lama aku. Dia ngan awek dia. Baru balik jepun agak nye mamat nie. Tak sangka plak terjumpa dia kat syed sect 9.  lepas boleh la berTT kat shah alam sebab ada geng kat sini. Dia keje Panasonic. Sekor lagi yg dia bagi tau keje kat UMW. Kekadang kita rasa macam dunia ni kecik bila jumpa balik  long lost best friends. Rasa macam bebudak balik. Cuma dalam keadaan fizikal tu macam bapak budak sebab memasing dah berubah kat perut and muka dah kembang.
Sabtu nie mungkin gi umah ada sorang member lama lepas grad jadik penternak lembu yg berjaya skang nie kat Bra Nunk.Dia memang selalu lepak bilik kitorang time diploma dulu. Ada je lawak lucah dia.

Hujan la plak. Tak dapat nak rasa angin di tepi ‘pantai’ tghari ni.

Monday, November 07, 2005

Raya kali ini...

Raya kali ini mengingatkan aku pada mereka yg telah tiada. Tiada di dunia mahupun yg merantau. Yang dah pergi tu kebanyakannay datuk nenek dan bapak dan mak sedara yg dah meninggal dunia. Tuhan lebih sayangkan diorang. Balik kg, yg tinggal, nenek aku sorang. Klu tak, last year, nenek moyang aku ada.

Raya kali ni jugak menyaksikan betapa tekanan utk berumah tangga tu makin bertambah. Tekanan dari mak bapak sedara aku. Sepupu2 aku. Dan rerakan yg yg dah kawin. Bapak aku tak habis2 bagitau semua org pasal plan aku. Aku plak pagi raya tu, time balik kg, aku citer masalah aweq aku kat pak utih aku. Last sekali, pak utih aku bagi tau, carik pompuan yang tinggal ngan mak bapak diorang. Bila aku pepikir balik, tul gak cakap dia tu. Kekadang, pompuan yg dok ngan member esp kat KL, nak plak tu dok and kawan ngan kaki clubbing, lagi la menguatkan fakta yg aweq aku ni sebenarnya berpura2. nasib baik la aku dah cerai kan dia. Say no to Bohsia.

Raya kali ni jugak mencatat sejarah kuih raya kat umah aku dibaham habis oleh sedara mara aku yang datang serang umah aku raya kedua tu. Tak sangka plak idea aku tu menjadi. Kuih yang tak sedap pun boleh abis. Diorang ni lapar ke apa? Sedara mara aku ramai nak mampos. Klu sekali datang, semua dok dalam umah penuh. Nak plak baru masuk astro. Lagi la semua dok depan tv. Pak mak sedara aku semua pepaham la memasing datang plak time dinner. Apa yg ada tu baham je la. Sonok gak time raya kedua tu sebab meriah giler. Habis jahanam buaian besi aku yang baru aku betul tu ari. Ganaz betul diorang nie. Tapi selalu nya, tiap kali raya memang macam tu. Mesti ada keganazan berlaku kat umah tu bila raya.

Raya kali ni jugak, aku baru sedar, rupanya melaka ni banyak peluang keje. Ada sorang mamat ni, dari perak keja kat melaka. Kenapa? Sebab melaka nie lebih live dari bandar2 lain katanya. Ye ke? Mungkin aku banyak tutup kan hati aku utk carik keje kat melaka kot. Tu sebab aku tak rasa melaka nie ada peluang keje.tapi tempat yg ak bercita-cita sgt nak keje tu dah tutup. Ada plak tu hampir nak tutup. Semua transfer gi Beijing. Mungkin antara alasan sebab melaka ni jauh dari air port. And  local man power demand tinggi sangat. Susah gak carik keje kat melaka nie sebab bidang aku kurang kat melaka. Melainkan klu aku kena tukar ke bidang lain. Tapi bidang apa aku tak berapa pasti.mungkin aku terpaksa meninggalkan segala bentuk kemewahan yang ada di shah alam demi menjaga mak bapak aku. Skang nie aku rasa macam makin lama makin jauh dgn diorang sebab berdasarkan pengalaman keje aku, field tu memaksa aku utk keluar dari Malaysia. Aku dalam dilemma skang. Aku takut jadik macam abang ipar aku. Mak dia ninggal pun, dia tak sempat nak tgk kali terakhir wajah mak dia. Aku tak nak nanti aku terkilan sebab tak dapat bersama mak aku bila kali terakhir dia hembuskan nafas dia yg terakhir. Klu boleh, aku nak for the whole famili aku bersama macam dulu. Tapi nampak gaya nya. Macam tak je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...