nuffnang

Thursday, December 29, 2005

Internal Farewell Party and Black out

Tepat kul 3 ptg tadi, time kitorang tgh Pot Luck Party, tetiba jek black out. Sib baik la takde aunty dalam ofis tu yg menjerit. Satu jam sebelum tu, aku rush gi carik roti nan. Boleh dikatakan disekitar U2, U8 and seksyen 13 tak de serve nan bread. Penat tul aku. Last skali tawakkal gi mamak favourite aku, Syed 9.
Nampak tergantung ayam tandoori kat luar kedai menunjukkan kewujudan rati nan kat situ. Aku rasa lega betul. Aunty2 tu semua meletakkan harapan yg tinggi kat aku sbgi penaja rasmi roti nan utk ari nie. Macam dalam citer LOTR la plak. Aku drive, jgn tanya macamana. Memang tak hengat punyer le laju, cilok gila khinzir punye. Kak Z call tanya aku kat mana. Boss 1:30 ptg masuk meeting. Jam kat tgn tunjuk kul 1:05 ptg. Bersemangat aku hari ni nk menyambut Le’Grande es’ Potte Lucke. Mcm2 ada. Ada ayam masalla, udang sambal, lengkong, mee goring dan tah apa2 tah yg kitorang sental sampai licin semuanya. Kak Lin sampai terduduk kekenyangan makan nan 4 rasa aku tu. Plain, butter, cheese and garlic bread Nan. Aku macam biasa la, cam Slimer dalam Ghosbuster. Apa yg ada aku sental.

Bos aku peluk anuty2 tu kecuali aku. Dia kata haram. Iyelah tu?!?! Dalam hati membuak2 nak peluk badan aku yg kekar nie… Chewah….Get into the basket and pull it off together by my self la plak…
Dalam masa kitorang melantak tu, dtg la aunty2 dari dept lain. Mana tak nye. Kitorang gi panaskan ayam masala tu kat dalam microwave habis for the god damn department berbau ayam masala. Daripada kitorang berenam dah jadi berenam belas. Mentang2 le tgh black out, amik kesempatan plak aunty2 nie. Tapi best la dgr diorang berkicau citer pasal masak apa, camana nak masak n ada plak yg tanya ‘ kenapa kot tak reti masak??’’ pun ada. Aku dah start bosan klu group discuss on women’s thing nie. So aku pun carik la port yg sesuai dan sekepala ngan aku. Aku gi Smoker’s Pod, penuh dgn smoker and asap tu aku nampak macam ada petir kat atas tu ber kepul2. tak tahan aku. Aku naik balik gi finance, ada la segerombolan bachelor and bachelorttes tgh dok berkumpol kat ada satu qiub member lunch aku. So, kitorang pun discuss la pasal gadget, movie etc yg aku agak susah nak bual ngan aunty2 kat tempat aku. Gi ofis aku kat bawah, abg2 and seorang kakak tgh bual pasal bonus. Diorang tak puas hati kot? Aku klu nak diikutkan, lagi tak puas hati. Tapi klu tak dapat bonus, it is not the end of the world. Bagi aku yg paling penting adalah dapat privileges buat scaling kat Farabi, sect 3 lagi puas ati.

Satu bende yg aku pelik bila my future ofimate kata yg sepatutnya aku dapat bonus partially. Diorang kata tunggu sampai bulan 4. insya Allah dapat la aku settle kan all the bad debt klu future bos aku confirm kan aku utk position yg baru tu. Klu tak, maybe I should seek for another opportunity or business.

Kelmarin, aku berpeluang borak ngan ada satu e- novelist terkenal . hanya satu jek novel dia yg aku baca. Yg lain tu lain macam jek bunyik dia. Tak leh masuk dek pemikiran aku yg normal ni. Bagi dia, dia geli tgk pompuan apakan lagi klu sentuh pompuan, dia kata dia kena samak. Astaghfirullah… kenapa la samapi camtu skali mamat tu punyer perception kepaka golongan hawa nie. Bagi aku, no komen. Aku respek cara hidup dia yg aku rasa klu bagi tempoh masa tertentu pun dia masih dgn tabiat lama dia. Just let it be, lah.

Aku baru jek abis kan cuti aku yg boleh dikatakan panjang dgn makan sea food lima hari berturut2. Alhamdulillah takde food poisoning takat nie. Klu ada pun, apa lagi, pil chi kit teck aun le jawabnya. Isnin lepas aku kena jaga umah sebab for the rest of my remaining family gi anta adik ipau aku gi Riyadh. Ada projek lagi katanya. Rezeki dia merata2. dapatlah aku tempias dia. Aku tgk adik aku hidup senang skang. So, dia memang bagi aku inspirasi utk berusaha dgn lebih gigih utk carik side income or fix income yg lebih tinggi lagi. Takde bende yg mudah dalam dunia nie kecuali usaha dan tawakkal. Aku takleh nak duduk diam klu idup aku camni jek. Ramai yg kata idup aku mewah. Tapi disebabkan bad debt, yg bagi sesetgh org kata tak byk mana, tapi bg aku, bende tu cukup membebankan aku, a lot!! Kakak aku pun, selagi cukup makan pakai, ,dah bersyukur. Hidup dia pun boleh dikatakan mewah sebab abg ipau aku dapat projek kat Doha, Qatar.
Insya Allah, aku nyer technical resolusi tu berjaya…

Wednesday, December 21, 2005

Part time job.

Aku ingat lagi suatu masa dulu, aku penah happy sehappy2 nye. Mungkin time tu aku tak piker sangat pasal keje dan all the bad debt that I have put it on my both shoulders. It is so tiring and annoying. I am expecting to settle down this problem in two months time, hopefully. Yet, I have to seek for a part time job as an extra income. Some people say it’s best to be fitted in the fast food restaurant. I had it enough for that kind of part time job. It was so tiring as well. I need something that can replenish my skills rather than using my self to be exhausted while time off.
What ever it is, aku nak tak nak kena gak dapatkan apa saja keje yg memboleh kan kuar dari penderitaan nie.

Semalam aku rasa rasa klu aku kelar pipi pipi aku mesti darah tak kuar sebab pucat giler. Masalah kat production sebab document tak tally lagi dgn line production. Aku rasa bersalah yg amat sebab walaupun, production dah jalan, tapi still kena ubah arrangement. Aku betul2 blur tgh dalam ramai org kat area production. Aku blur sebab aku terfikir pasal future aku kat sini macamana nanti. Ada perkara dalam diri aku yg tak boleh aku tinggalkan. Blur. Aku memang tak leh nak focus time apa keje yg aku buat. Satu mungkin sebab ada masalah lain yg tgh aku fikirkan. Job aku skang nie tak berapa secured sebab aku tak settle kan lagi ad debt aku. Bodoh nye aku nie kenapa aku boleh lalai dalam settlekan kejadaharam tu. Kenapa? Takkan aku nak mintak tolong parent aku? Adikaku jauh sekali. Dah lama dah bende tu tertunggak………. Nak mintak tolong member kang ramai yg suka tikam belakang bagi tau kat semua org yg aku ada masalah macam tu. Sampai bila aku mesti rasa tiap kali hujong bulan, gaji masuk terus tak sempat pegang dah hilang. Tak sempat nak rasa kemewahan gaji besar. I must do something. I can’t procrastinate any more.

I promise to my self, I shall get an extra income by end of this month. I shall settle down all bad debts in two or three month coming. If not, I will bang my head to the wall.

Ada antara member aku yg buat keje part time
tapi aku tak pasti diorang ada buat atau tidak? Ramai yg tanya kenapa aku masih nak keje part time. Takkan tu pun aku nak bagi tau. Sebab gaji tak cukup la bodo!!!takkan suke suke aku nak buat keje time org lain semua cuti….

Baru jap tadi , aku gi jumpa kak ina, tanya pasal any part time or job opportunity. Dia kata ada dan dia akan try tolong tanya kan kat memember
dia. Alhamdulillah! Klu ada rezeki aku dapat buat yg terbaik!

Tipon nor pun, dia tak cakap byk sangat sebab dia weekend bukannya keje pun. lagi pun minah tu dah kawin. So susah utk husbang dia bagi peluang cari side income. Husband dah keje bank, dia lagi keje, mesti la byk duit kan? Tu pun aku tak leh nak piker betull!!! Pasal keje part time sebagai sales person utk network marketing ke atau direct selling tu, aku rasa hati aku masih belum terbuka utk buat natang natang tuh. Aku memang ada hasrat utk buat sales, tapi once diorang cakap natang nie ekceli bukan concentrate kat sales tapi concentrate kat down line, so i have to say it folks, Good bye! perhaps I should seek for another up line if I am so evil to do that!
Aku tak tahu sebab apa. Mungkin sebab aku rasa cara tu macam kejam sebab terpaksa mempergunakan org lain utk mencapai objektif kita nak dapat down line. So it’ll be out of the list. Aku takkan buat perakra yg aku tak suka nak buat. Memang peluang tu ada, tapi memang aku tak suke.

Tuesday, December 20, 2005

Minimalisme Me

Semalam aku ada discussion dgn Seri buat kali yg pertama. Dup dap jantung aku….tapi kejap jek…pas tu dia refer aku kepada org yg lebih pro dari dia since dia masih junior kat situ macamaku. Potong stim betul. Last skali nak tak nak terpaksa la aku layan brader India yg dikatakan pro tuh. Lama gak adala dalam 15 minit aku tanya dia pasal MRP. Kekadang tu aku tersilap sebut MRO yg mengingatkan aku pada Kak Ina purchasing. Ekceli sebelum tu aku ada meeting ngan Shipping, Production and HVM pasal satu issue yg production selalu tak ikut tak melibatkan masa depan sales order yg akan kitorang terima in future. Diorang mana kisah klu material yg diorang guna tu betul ke tak? Bagai hentam guna. Last skali, aku pun tak berapa pasti kenapa org yg tak berapa involve dgn issue tu yg dtg and the very important person tak muncul sampai end of meeting.

Aku rasa kebanyakan org kat sini ada attitude problem yg diorang selalu over look aspect lain. Memang la kita kena concentrate dgn keje kita. But then some of the other time, we should comprise with others people too. Hell with them. I told my boss to refer direct to the director upon this serious matter, which is not taking for granted.
Well, technically, my new ‘not-more than-ten days’ boss already pays us a visit or shall I call them first day working.
As usual all the aunties will have their own obsessed opinion about her. It’s her eventually. Very much in common for some lady’s compared to my previous superior, which have the look of Paula Malai Ali.

Semalam, aku browse thru e-novel Nizam Zakaria. Rasa menyesal pun ada bila aku tak sampai separuh baca novel tu. Byk sentuh tentang dunia manusia homo yg aku paling tak berkenan sgt. Dah la tu ari aku gi forwardkan novel2 nizam zakatia kat Kak Ina. Disebabkan aku tak baca lagi novel2, mesti Kak Ina aku yg bukan2. Nauzubillah Min dzalik. Ya Allah, jauhila diriku ini dari benda yg dilakhnat tu.

Forget about Nizam Zakaria’s novel. Forget about my new superior and what so ever.

I pray to God that I am going to have new love in my heart. From a lady that I admire a lot.

Baru aku ingat semalam aku gi tgk umah baru yg aku nak sewa bilik tu. Umah tu memang fully furnished and very well groomed by a guy which I am not sure whether they are they are the group that I want to avoid or vise verse. Ada dua umah. Yg satu nie, takde la very well groomed sgt tapi just nice. Ada settee, TV etc. yg satu lagi tu memang obvious dia punyai set tu macam aku masuk dalam citer Queer eye for a straight guy. Bunga sana, bunga sini, and paling aku tak suke, bau aromatheraohy yg meloyakan… yucksss!! Mungkin bagi diorang wangi tapi aku ada definition aku sendiri pasal wangi. Wangi tak semesti nya wangi. Just nice and pleasant is nice. Not that stink roses scents.

There’s a thing that I am not very sure in common about Malaysian interior esp. Malay community. Is it a must for them to place something beautiful to make a place beautiful? Like minimalism would be defined. I was so obsessed to be minimalising my self, my car, my property and my thoughts as well. There’s a masjid in Singapore that I would dare to apply this concept. I haven’t seen any masjid that have that kind of touch in Malaysia. Most of them have the touch of Uzbek’s (which reminds me of Krakozhia in The Terminal) withheld the exclusiveness of Islamic arts that I would adore.

Monday, December 19, 2005

Resolusi 2006

Weekend semalam as usual bukannya aku dapat enuff rest. Lagi penat adalah. Nak nak plak musim poket tgh kemarau nie. Susah dan payah betul. Gaji besau2, still rasa tak cukup lagi. Tiap ari dok piker macamana nak cari duit. Gi kedai tanya keje part time weekend memasing kata takde dan diorang nak amik full time dan bukannya weekenders macam aku. Dulu aku memang penah keje time weekend kat Dunkin’ Doughnuts. Memang seronok Cuma rasa penat sebab dok layan karenah customer. Yg lagi memenatkan tu bila ada customer yg perangai berlagak la nak mampos macam kedai tu bapak dia yg punye. Aku tak kisah semua tu sebab, kekadang aku rasa customer yg kita layan bebaik siap dgn senyum sampai ke telinga dia balas dgn muka masam macam taik kucing (walau pun frankly speaking aku tak pernah terdetik nak rasa taik kucing tu macam mana flavour dia. Very eeekkyy. Yuckss!) aku paling respect klu customer tu jenis yg friendly dan klu ada problem dia akan ada reasonably patient.

Gitu jgak dgn hidup aku. Boleh apply dgn apa yg aku experience dlam working life aku.
Start next week, aku akan ke KL utk carik keje lagi time weekend. Malam kelmarin, aku tido kul 5 pagi sebab tetiba muncul memacam idea esp
resolusi utk tahun 2006 yg dah nak dekat nieh. Secara teknikal nya memang aku plan byk. Aku tak nak lagi resolusi yg sekadar angan2 kosong. Tak de pekdah nye. So, kebetulan dalam log book aku dah ke page yg lain dan terakhir, takat nie aku ada 7 resolusi :

i. settle all my bad debt
ii. to settle it, I have to allocate
some of salary for my pre public listed fund investment. My uncle’s company. List down other funding expansion to deter which it is and which is not. On top of that, doing some research on new public listed company.
iii. Gain some capital for Lampe Berger. At least MYR10k. (of coz I am not going to put all my eggs in one basket).
iv. Register enterprise for trades and consolidation
a. SME web site developer
b. Info supplier (kena working on it with Yusri)
c. Offices supplies
v. Register CDS for on line stock market transaction.
vi. Register CILT membership

vii. Register examination for IELTS
viii. Register balik web site lama aku http://www.led1816.com/ (don't click coz it still not reactivate)

Eh eh… aku kira macam lapan jek resolusi aku tahun 2006 nanti. Rasa macam bertambah jek. Tapi pepehal , to be generic, aku nak upgrade hidup aku from die broke to die rich. Forget about network marketing, forget about getting my boss which are going to be leaving the company soon and I am transfer to another department which I always hanging with. Forget about my past being so sarcastic and need fully emotional support. Forget about aunties that always haunt me as I already made piece with them.

It’s will be another 12 freaking days to go to get all my resolution on track and my current resolution that are not on track back on track
as well or just off to the recycle bin. Well technically it’s not twelve but 7 productive days. The remains considered to unproductive as it is off days. Doesn’t count anyway. Jahat nya aku…tak fair lansung…

What ever it is, I should do something to my self as I deserve to be superb.

Thanks to my newly form colleagues, Aliff (which will be leaving us for the next 4 months) and Hatta. Both are very well converse in academics
talk. Or should I say ‘a fruitful discussion’ I presumed. It’s very god damn boring but yet it goods for me, though.

Well here is one of my inspired photos:

Thursday, December 15, 2005

Seri

Semalam aku lepak ngan TG discuss pasal awek yg dia keluar kelmarin. Awek tu rupanya dari trengganu. Datang sini saje je nak melawat kengkawan lama. Adalah kitorang borak pasal kawin, X awek aku dan tah hapahapa tah lagi yg lagha.
Pagi ni, aku macam dapat rasakan yg ada satu petunjuk
utk aku mendekati dirinye yg aku rasa kan memang ideal utk aku. Dia asal pahang. Dia punyai cirri wanita yg aku idamkan. Muka dia jernih dan sering membuatkan aku geram. Rasa macam nak terkam jek. Tapi aku tak serakus yg disangkakan. Dan aku tak berapa pasti samada mak aku setuju ke tak? Tu yg masalahnya sekarang.

Tapi tadi aku dapat satu tiket pertunjukan acrobatic kat genting. Nampak macam seronok je tapi takkan aku nak gi sorang. Lalu aku pun sms kat liza ajak dia pegi. Ada ke dia balas dia kata mesti mak abah dia tak bagi dia kuar ngan bebudak jantan. Hipoktir betul minah nie. So dalam hati aku, dia byk beralasan ngan aku. So ada baik nye sebelum sesuatu terjadi, tak yah la aku layan org macam tu ye tak. Aku terpikir nak ajak awek yg syok tu dan baru aku dapat tau nama sebenarnya. Seri namanye. Seseri org nye jugak. Kecik comel loteh org nya. Tapi rasanya klu aku ajak dia sekali pun, sure dia tak berani sebab dia tak berapa mengenali aku sepenuhnya. So mungkin dia masih malu malu ngan aku. Tapi aku paham jiwa perempuan kekadangmesti ada rasa ingin tahu kat lelaki 2 hensem kat situ. Adakah aku termasuk lelaki yg dimaksudkan itu. Tak nak la aku jadik jantan perasan kat ofis tu. Tapi aku dapat rasakan memang ada org yg akan tanya, who is that new guy in town? Atau mungkin at least diorang akan bertanya pasal aku. Atau mungkin aku already mempunyai bad reputation kat sini gara2 kes2 yg aku dah buat kat sini. Nak pulak sebab aku dah tak sengaja kenal ngan Seri disebakan projek yg aku benci sangat dah aku nak continue. Aku tak rasa aku boleh continue ngan projek gile aku tuh. Dah maleh aku nak sentuh. Tak yah lah aku nak konsentrate sangat ngan projek bangang tu lagi.

Lagipun, mungkin aku akan menyusahkan Seri nanti pasal projek tu. So, ada baik nya aku berharap agar projek tu akan di hand over ke sesapa yg berminat atau saja2
berminat.

Pasal tiket tu, aku rasa tak berbaloi klu aku gi sorang. Lagi pun, aku bukannya ada kengkawan yg berminat nak gi bende2 cam tu. Buang masa jek . memang la nampak cam grand jek. Tapi takat nak tgk org telanjang terlompat lompat, kat hard disk aku melambak.

Baru jap tadi sebelum aku melabuhkan punggung aku ke kerusi empuk import dari Sweden nie utk blogging, aku ada meeting ngan staff shipping and purchasing pasal material forecast. Adala sorang baghal nie memang tak penah le nak tunjuk kan respect dia kat org lain. Takat baru naik pangkat jadik manager, baik tak yah nak belagak la. Kekadang aku lebih suke respect org yg respect aku. Tak memandang rendah kat aku. Sekurang2nya ada rasa hormat.

Mula2 memang dia macam mendominasi meeting tu. Dah lama2 tu, mungkin disebabkan dia tak berapa paham pasal jargon yg kitorang pakai, so dia just bawak diri ke tepi menjauhi perspektif perbincangan kitorang. Kekadang aku memang highly respect ngan dia pasal reputasi dia yg aku kira boleh aku eksploit satu hari nanti. Cuma aku rasa dia tak berapa hormat sangat ngan aku. Adakah disebabkan aku tak berapa respect dia atau aku dah menunjukkan aku tak respect dia pasal insiden kena maki dgn dia tu ari. Sehari lepas aku kena maki tu, takde la plak aku nak bermuncung muka ngan dia. Siap buat lawak, say hi, and bla bla bla adala…..mungkin aku masih kurang respect ngan dia lagi kot.

Tapi, segarang garang cik fauziah yg macam singa tu pun, aku rasa sejuk bila bersama ngan dia, sebab aku klu bersama ngan dia, dia mesti bercakap pandang aku. Dia pun belum kawin lagi. Dan dia penah ajak aku gi haji, klu aku ada duit. Kesian aku kat dia. Aku doakan dia dapat ketemu jodoh yg berkat bagi dia.

Aku rasa macam tak bersedia nak bersemuka ngan Seri lagi. Aku nie boleh jadik gagap klu ada awek cantik depan aku. Aku sukeee sesangat tgk muka dia.

Wednesday, December 14, 2005

Iman, awek baru, e-novel dan birthday Kak Z!

Semalam, ajak lepak ngan Tok Gebuk (TG), dia kata bz ngan sorang awek yg baru dia sambar tah bila ntah. Call Iman, dia mintak tolong aku bawak kan gi tgk umah sewa dia. Dia nekad nak umah tu dok lepas kawin nanti. Dia ada tanya aku pasal financial stability tunangnya dia. Aku tanya, dah berapa lama dia keje kat sana. 6 tahun? Lama tu. Satu tempoh yg boleh dikatakan dah boleh capai senior exec. Aku pun pelik la tgk tuning dia tu. Grad dari uniten pun susah dapat keje. Mungkin sebab diploma yg dia amik tu tak berapa laku sebab dah terlalu byk saingan kat luar. Time dia masuk dalam keta aku, dia kata ada sorang roommate dia nak tumpang skali. Roommate dia nie pun keje satu ofis ngan dia. Cun siooot! Rasa macam nak putus jantung aku tgk muka dia ngan cutting badan dia yg slim. Tapi bertudung litup orgnya menunjuk kan dia nie seorang yg pemalu atau dia segan ngan aku. Kekadang aku terperasan dia jelling kat aku. Aku pandang balik ke muka dia. Dia malu2 pandang tempat lain. Buat2 tanya la plak kat Iman pasal umah sewa tu. Nak cover kemaluan Oppssss keaiban la tu.
Dah puas Iman menyoal siasat wakil tuan tu, kitorang beransur balik. Hantar Iman ngan member dia ke apartment diorang. Aku terus balik, buka e-novel nizam zakaria. Gempak gak cerita dia. Aku tak berapa keen sgt ngan novel melayu nie. Tetiba aku download byk gak novel dia. Ari nie jek aku dah terbaca novel dia kat office. Nie first time ekceli aku baca e-novel.
Novel tu byk mengajar aku tentang cinta. Walaupun aku tak jiwang punye org. tapi hati keras sgt nak menerima cinta walaupun aku tahu aku sekarang terlalu sunyi dan mengharapkan kasih seorang wanita.
Pagi tadi, tak byk yg aku dapat coretkan mengenai kehidupan aku di tempat kerja. Boring yg amat. Keadaan tak seceria dulu. Kecuali aku terpaksa keluarkan RM14 utk makan sepotong kek yg mahal giler. Kak Z punya birthday. Walaupun aku takde sekali time diorang sambut birth day tu, atau mungkin diorang just jadikan kek tu sebabgai hadiah or what so ever.

Tuesday, December 13, 2005

Kematian yg Dirancang

Tah kenapa boleh terpacul dari mulut aku yg mongel nie tanya pasal bisnes opportunity kat bos baru aku. Aku rasa macam nak hempuk mug atas meja dia kat kepala aku sebab rasa bersalah yg amat sangat. Time tgh discussion plak tu. Dah lah mamat tu kena gi physiotherapy kat SJMC sebab sakit belakang. Semalam dia sakit. Batuk tak renti3. aku cakap kat dia, mesti kes tido lambat nie. Dia baru balik bercuti ngan family dia kat PD.
Counter back aku kat Finland dah reply email aku pasal new arrangement utk new account sony ericsson. Sweden punye lum lagi sebab aku pun tak berapa pasti kenapa? Opppp…baru aku ingat aku kena send reminder kat dia.
Life aku hanya sekadar di production line sahaja. Tak lebih dari itu. Sedangkan aku mahukan suatu life yg active.  Bila la agak nye aku boleh gi jumpa customer. Sedangkan, customer yg selalu datang kat tempat kitorang. Pelik betul . Kalu supplier tu ok lagi. Cuma kekadang aku rasa masih byk kekurangan dalam diri aku.
Aku dapat rasakan yg aku nie terlalu ignorant. Kekadang aku boleh jadik mesra tapi di suatu masa aku buat hal aku sendiri. Selalunya reason sebab aku nak konsentrate kat sesuatu yg aku buat. Sebenarnya, masih ramai yg selalu sudi tegur menegur aku dalam segala hal. Cuma kekadang tu aku nak je cakap aku malas nak layan. Tak layan kang, dia kata kita nie moody la. Sombong la. So, aku terpaksa layan. Kekadang aku macam takde point utk bercakap ngan manusia. Aku lebih suka berfikir duduk termenung memikirkan masa depan aku. Semalam aku bermimpi kehilangan org2 yg aku sayang. Aku terbangun berfikir pasal ayah dan mak aku dalam 10 tahun yg akan datang. Mesti umo diorang dah nak dekat 70 tahun. Aku plak masa tu belum tentu hidup. Tah la. Setiap kali aku bangun pagi, aku selalu terfikir akan kematian. Aku tak merasakan hidup ni bermakna.
Tapi aku sering berfikir yg amal aku tak banyak mana. Tapi aku dah mula fakir pasal mati. Aku selalu berfikir utk mati accident atau mati yg dirancang.
Setakat nie tak sapa yg penah tau pasal bende nie.
Cukup la hidup aku merasa apa nikmat bekerja, berkawan dan last sekali yg aku mungkin plan tapi tak sampai ati nak lakukan adalah utk berkeluarga. Semua yg dah berkeluarga nampak macam bahagia. Tapi apa guna berkeluarga klu kita akan tinggalkan diorang tanpa sebarang jaminan hidup.
Perlukah aku merancang utk mereka demi kebahagian mereka? Mungkin ada caranya. Tapi tu pun klu aku sanggup buat. Kematian yg dirancang.
Mungkin aku rasa agak kurang waras sejak dua menjak nie. Mungkin sebab bebanan yg aku tanggung.  Atau mungkin sebab aku baru break dgn x girl aku.
Hakikatnya, hidup nie tak selalunya manis.
Kekadang kita memerlukan seseorang utk berpaut tapi aku tak terdaya.

Biznezzzz

Semalam aku punya bersemangat utk memulakan satu bisnes. Tapi masih dalam samara. Bisnes apa yg aku nak buat.
Ekceli, aku start bisness nie dah lama dah. Buat media intraktif. Satu2nya bisnes yang aku rasa seronok sangat buat sebab dia melibatkan kreativiti dan teknikal skill yg mendalam. Macam buat animasi tapi di satu tahap yg boleh dikatakan basic and fundamental. Aku penah dapat pujian daripada ramai org yg pernah menyaksikan media interaktif aku tu. Rasa macam nak kembang tapi time tu aku student lagi. Dan aku bukan student AD mahupun IT. Aku belajar sendiri. Skang nie dah kurang dapat sambutan pasal media interaktif nie sebab ramai Malaysian still ada attitude utk pakai paper based product.  Aku tak leh la nak bandingkan dgn negara maju yg segalanya paperless.
Byk konsep yg aku terapkan adalah berlandaskan video klip yg pernah aku tgk. Contohnya seperti video klip franz Ferdinand, kylie minogue dan travis. Kekadang aku tgk dalam web site yg agak gempak. So aku blend sesikit and some fusion in it and Tadaaaa!!!! An art master piece.

Monday, December 12, 2005

Balik Tengkera yeayy!!!

Balik Tengkera yeayy!!!Dgr ada open house. Yg rasmikan tu Parlimen kat area melaka. Tapi aku tak berapa pasti area mana? Aku gi pun, layan the tarik jek.
Rasanya dah lama aku tak ber blogging sebab bz gile dgn transfer aku ke dept yg lain yg aku pun tak berapa pasti bila akan settle. Keje2 aku yg lama tu biarla org lain yg buat. Nie aku nak kena bawak skali ke tempat baru. Serupa tak yah camtu.
Pepehal, minggu lepas aku gi jumpa paiz merangkap financial consultant aku yg bleh la dikatakan prominent and prolific dalam dunia kewangan. Cheh! Padahal aku tanya dia pasal join direct selling jek. Bukan apa pun. dia kata kebanyakan kan nya memang macam apa yg aku piker tu ari. Kelmarin, adik ipar aku cakap direct selling nie tak de pe yg salah Cuma klu kita yg jadik pioneer dia kira ok la. Tapi kalu takat jadik downline tu mugkin susah skit nak citer sebab nak carik down line yg lain memang susah la sebab summer org dah tau pasal system tu. Nak plak klu dah lama bertapak selama 4 tahun. Memang sah la dah ramai yg tau.
Time tunggu paiz kat DE, sek 9, bapak aku tipon. Ada surat dari blah blah blah. Pas tu dia kata, jgn kuat merayau sangat. Dok umah baca buku???!?!?!? Baca buku??? Apa kena mengena baca buku. Aku dah lama grad laaaa….. dia kata aku nak sambung master nanti kena get ready apa yg patut. So takde la aku termangutak tentu arah. Aku target next year baru aku apply master program for young lecturer tu. Sebab aku IELTS pun tak amik lagi. Memang ada cita-cita utk sambung dan sambung kat luar. Boring la takat sambung master kat mesia. Nak plak tu program yg aku nak amik tu memang kurang kat mesia. Klu ada pun aku tak berapa pasti samada JPA atau MARA approved ke tak? Pepehal, antara tempat yg aku nak amik master aku adalah di Westminster. Walaupun aku bukan penyokong kuat Liverpool, tapi klu ada match arsenal atau Chelsea, sure aku gi nye…
Persoalan skang nie sebab aku macam dah kurang berminat utk ke bidang logistics la plak. Satu sebab aku memang tak berapa kenan ngan documentation nie. Bagi aku, pengalaman aku dalam logistics yg paling best bila aku jadik business development exec kat TNT logistics. Seronok sesangat. Sebab byk outstation. Memang penat. Tapi itula adalah pengalaman keje aku yg paling bermakna. Tapi, malangnya, keje tu keje kontrak.
Paiz sampai kitorang borak pasal keta la, bola la, pompuan la. Biasala guys. Aku rasa klu ada pompuan yg ada dalam kelompok kitorang, kena la yg jenis open minded. Yg discreet tu, can get lost!!!!
Jumaat balik Tengkera. Sabtu tu, bangun pagi, basuh muka gosok gigi, terus gi jabatan buruh, tgk iklan apa yg patut. Dapat la skit. Ops Exec. Kat ujong pasir. Ofer dalm nak dekat dua ribu gak. Tak byk mana pun tapi cukup la nak memewah skit sebab aku mungkin dok ngan parent aku. So mungkin aku bagi skit duit belanja dapur skit, ngan duit apa yg patut. Upgrade skit line internet. Buat side business apa yg patut kat melaka tu. Klu ada duit skit, buat loan, buat rumah kat Belimbing. Recon balik draft plan and ubah ke draft plan umah aku yg aku kira kos efektif dan efisien.
Kepada org2 melaka, agak2 apa bisnes yg boleh aku buat  yea? Sure kedai makan, kan???since bapak aku ramai kontak ngan cecikgu kat melaka tu, apa kat aku jadik supplier stationary atau buku text? Rasanya tak ramai org kita yg menceburi bidang trading nie….? Tul tak????

Monday, December 05, 2005

MLM Oh MLM....

Semalam sesuatu yg menakutkan jadik kat aku ahad semalam.

Semalam aku ada gi ada satu convention kat sunway. Presentation ok. Cuma aku punya up line suruh buat personal loan almost RM12K utk join dia punya network marketing. Macam menakutkan jek kan?
Buat nye tak jadik, pas tu aku plak kena tanggung, susah gak nanti. Ada rasa macam nak bunuh diri pun ada klu bende tu jadik.
Kekadang nampak bende tu macam meyakin kan . tapi hakikatnya, mana MLM sama jek. Pijak kepala atas kepala. Tapi rasa klu tak join, takut macam lepas kan opportunity. Tapi manusia sanggup lakukan apa saja utk duit walaupun terpaksa pijak kepala atas kepala. Aku rasa macam tak sampai ati nak pijak kepala memember aku dan buat musuh ngan diorang klu andai kata diorang rasa macam system nie tak jalan. Ari nie up line aku akan serah bank loan form tu.
Kenapa la aku nie bodo sesgt sebab macam ikut jek cakap diorang buat personal loan tu utk buat bende tah hapa hapa nih? Nak tolak kang, up line aku tu merangkap bos aku kat ofis. So aku macam dalam dilemma skang.
Tapi setiap kesusahan tu ada hikmah nya. Aku rasa klu aku apply bank loan tu skali pun, mungkin diorang akan reject for the second time. Disebabkan gaji aku yg tak seberapa tu kot dgn liability yg ada. Aku plak jadik gerentor utk adik ipar aku nye Xtrail. Hai, pening kepala aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...