nuffnang

Friday, February 24, 2006

Fark and Ride

Ari nie saya tensen sesgt sebab moto habis minyak kat post guard apt saya. Pas tu kena sorong sampai bawah apt. jln kaki amik keta, Vrooomm terus gi ofis. Nampak dari jauh, kat parking lot, kereta dah tunggang terbalik sebab dah penuh sesangat macam dalam citer Taxi 2 nyer accident. Daripada saya menanggung risiko round2 dalam tu n then tak dapat parking, saya pun mengapply kan koncept f**c and ride. Did I said f**c just now? It has to be park and ride, right???? Sorry for the misconceptions.
Saya park depan balai polis. Selamat la tu konon. Menapak merentasi 'desert' and 'stable kuda' 10 minit masuk ofis sib baik air cond ada. Klu tak ,mencungap.
Klu lalu depan Flextronics, mesti nampak ada padang ada gate tapi takde pagar. Kat dalam tu ada divider besi macam tempat koboi ikat kuda. Tu yg kitorang panggil stable kuda. Padang pasir sebab takde tumbuhan kat situ walau pun hujan bagai nak rak skang nie.
Awal bulan depan kitorang ada paintball. Nak join?

Thursday, February 09, 2006

Hari Lahirku

Hari ni hari lahir aku. Tiada apa yg istimewa hari ni selain di sambaing merasai keberkatan umur di samping menyambut hari Asyura. Pertama kali dalam hidup ku menyambut hari lahir dgn berpuasa hari Asyura.

Moga hari ni dan hari2 yg mendatang diberkati Allah.

Amin.

Wednesday, February 01, 2006

Hijrah

Hijrah bebaru nie aku dapat rasakan perubahan yg begitu drastic. Tapi aku takut nanti klu aku takleh nak mengistiqamahkan perubahan tu. Hari pertama dalam kelendar islam tu ari aku berjaya mencapai target iaitu solat lima waktu sehari semalam. Aku doakan agar perkara tu berpanjangan sampai aku mati. Gitu jugak ngan solat Jumaat.

Aku start investment aku 30hb tu ari. Dapat lah gak first day ari tu dalam MYR45.22. Semalam pun buat lagik. Ari nie insya Allah, petang kang aku invest lagi. Aku takleh le nak over confident sangat sebab takut nanti jadik bende2 yg aku tak suke le sgt jadik. Macam duit hangus ke, interface hilang ke and whatsoever.

Satu lagik bende yg paling bodoh penah aku buat ialah, semalam aku bersiap nak gi keje. Naik moto, pas tu aku tgk keta kat parking lot kosong. Sayup jek aku tgk. Aku ingat mungkin ramai yg amik coti terlebih sangat. Aku sampai kat post guard. Tetiba jek post guard tu suruh aku tulis nama. Sah! Hari nie coti!! Arghrrrhhhh! Tension nyer. Tapi dalam masa yg sama aku tergelak dalam hati sekuat2 nyer. Ingat nak call Nizal, tanya dia breakfast kat mana. Tapi malas la aku nak kacau org tgh breakfast. Aku pun balik umah, dan aku rasa ngantuk sangat. Aku bukak baju lepak kat couch tgk tv. Pas tu aku terlelap. Mana tak nyer, drama kat TV tu tuh tah apa2 ntah. Boring giler. It’s very typical malay drama. Nak tgk DVD, si nizal nie plak macam outdated punya org. aku rasa kali terakhir aku pakai vcd time student dulu. Rasanyer dah lama la gak aku dok beli DVD pirate tuh. Kebykan koleksi summer 5 movie dalam satu dvd. Senang skit. Jimat space. Klu vcd tu, aku rasa byk yg aku dapat souvenier kot dari bebudak umah lama aku. Termasuk la vcd ‘haram’ tuh yg dah terselit sekali dalam timbunan vcd tuh. Next month klu ada rezeki, aku beli la dvd player satu. Set kat umah tu dah lengkap dah dgn so called home teater. Kira gempak gak le bunyik nyer berbanding design dia.

Apa yg membuat kan aku sungguh bersemangat sekali utk gi kerja semalam walhal coti, ialah kerana aku dapat sumber inspirasi dari Azizi Ali, seorang penulis buku dan dalam masa yg sama dia nie adalah seorang pilot MAS airflight. Dasyat gak dia nie. Nampak bersahaja dan rendah diri. Aku tak berapa pasti yg dia nie ada join MLM. Ada gak hasrat di hati nak baca buku2 dia.

Antara bende yg aku nak beli bulan nie, dah beli:

i. minyak kelapa dara (seriously memang mujarab. Khasiat dia yg dikatakan macam susu ibu. Apa yg membuat kan aku memaksa utk beli sebab kekadang aku gi klinik sebab demam selsema yg pra kronik tak lut. Klu ye pun kejap jek. Tapi bila aku telan minyak kelapa dara yg rasa dia macam minyak kelapa tapi jenih warna dia dalam 2 sudu besar sekali makan, flu aku hilang sampai skang. Alhamdulillah, betul la apa yg brader Khalizan testified dalam blog dia)
ii. hanger seluar aku yg gantung kat pintu (dah sebulan seluar2 aku bersepah kat dalam bilik. Tergantung sana sini. Dah macam sarang org Nepal depan apartment aku dah.
iii. Stormpay currency USD102 (aku beli dari sorang brader engineer merangkap tentera kat JB dgn harga USD1 = MYR3.77. Housemate aku, Zahir, beriya2 nak jual. Dah la mahal USD1 = MYR3.82, lembap plak tuh. Malas aku nak layan. Klu aku tau, takde le aku nak termakan psycho dia tuh, dapat aku start invest awal2. lagipun brader Imran tu memang byk membantu. Thanks to you, Bro!
iv. Baju casual ofis aku (merah) + yg formal (Dark blue) brand US Polo. Kat mesia murah jek. Time aku drop by kat Muscat bebaru nie, tergezut aku tgk dia punyer harga. Lagik murah sebab tax ngan levi takde kot. Aku just beli silk neck tie yg dah terjelepok kat dalam dash box depat keta aku. Kesian aku tgk. Actually sebenar nyer aku nak beli short utk gi bersukan, tapi aku gi tgk kedai memasing berlomba nak tutup. Aku tak pasti bangsa lain macam mana. Tapi kat Alam Sentral tu rata2 nye org melayu yg berniaga. So bila aku tgk kedai memasing dah turun pintu separuh, bagi aku macam tolak tuah dan mengundang malang aku tgk. Takat nie, klu kedai bangsa lain yg aku gi, diorang still layan dgn pintu still terbukak luas. Ntah la. Tak tau apa namanya hijrah di kalangan bangsa melayu tu sendiri klu takat pada teori shj bukan praktikal.

Antara bende yg aku nak beli tapi tak terbeli:

i. Short and kasut sukan (macam yg aku citer time aku kat Alam Sentral. Short aku skang nie dah lama sangat. Kasut aku buat main futsal pun dah buruk giler.)
ii. Register Astro (ada ke mamat tu kata aku member dia yg ponteng keje ari tuh???!!!?!? Cilakak!!)
iii. Racket tennis
iv. Dockers’ long pants.
v. Hand phone (awal bulan Mac target rembat PDA phone housemate aku.)
vi. Buku2 baca:
a. La tahzan
b. Readers Digest
c. Cargo
d. Jutawan dari planet Jupiter (rasa macam terdesak jek aku nie)
e. Rahsia internet terbongkar. Dalam web site dia ada cakap nie bukan MLM dan yg seangkatan dengannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...