nuffnang

Wednesday, January 31, 2007

V Ass Ass

Tepat jam 11:11 minit malam. aku mula bosan kerana tiada sebarang ransangan minda melainkan tadi aku gitu risau dgn keadaan forex aku yg kacau. Henpon aku menjadi mangsa kilasan updates forex EU aku. aku agak lega bila tokokan dari aku place order 1.2947 long , turun jadik short. Sib ptg tadi aku sempat top up a few USD utk dijadikkan tilam yg menahan kesakitan jatuhnya nila Euro di tgn USD. Tapi, aku lega, bila kejatuhan itu tertokok naik long bila EU gain momentumnya semula ke 1.2967. Segala puji bagiNya. Aku terus meluru ke rumah utk check keadaan forex aku. masih dapat diselamatkan. Lega….
Terdetik utk aku menulis blog ini sebagai tanda kelegaan aku. seharian aku di kantor bagai ayam nk bertelur. Kecoh sana sini sebab telefon aku tak putus2 menjerit meminta dirinya diangkat. Seribu satu issue yg berlaku hari ini. Ni semua adalah gara2 Mr CL yg kecoh. Tau la dia tu internal customer. Yg pelik nye tu lak, dia tak penah lak nk kecoh2 ngan aku. dia suh org lain kecoh kan. Antara yg jadik mangsa, adalah tak lain boss aku dan department yg berkaitan dgn aku. kekadang mau jek aku sound Mr CL tu sebab suka sgt nyebok. Dah tu mmg keje dia. Nak buat camna….. aku ada satu lagi process flow yg nak kena aku siapkan. Aku menjadi lebih produktif di waktu malam, ketika aku berada dalam keadaan alpha beta. Aku suka bekerja dalam keadaan yg tenang. Aku cuba wujudkan keadaan itu di waktunya dgn menyumbat kan telingan aku dgn earphone yg memainkan lagu2 favourite aku. mmg suasana di lapangan mezzanine ni bingit. bising. Aku cuba buat2 macam biasa sedang aku agak stress bila melangkah masuk ke sini.
Org mula kecoh dgn VSS kat co aku. tak byk yg aku dgr sebab aku kurang sembang dua tiga menjak nie. Klu ada pun time lunch ngan minum ptg. AA dalam dilemma 50-50 utk apply selaku staff yg paling senior kat situ dan yang paling aku rapat. Yg lain tak dgr citer melainkan citer 2 tentang betapa unfairnya VSS tu. aku menjaja pendapat aku mengatakan bhw andaikatalah klu VSS ni kurang Berjaya, akan ada lagi VSS selepas increment nanti. Klu kurang menggalakkan jugak lagi, retrenchment adalah jawapan yg paling ideal. Gerun…….

Aku nasihatkan kat AH agar utk tdk panic. Apply boleh apply. Dia ada masa dua bulan utk carik dan korek keje kosong kat luar. Takat macam dia, hujong jari, title manager. Mungkin dia kurang confidence lagi. Pas tu, aku bagi tau,by the time dia last day, dia boleh cuti sebulan dua sebab VSS akan bagi dia almost MYR30k jek….sikit kan….mau tak mau, hidup kena terus. Aku sedih gak bila dia nk tinggal kitorang sekeluarga kat sini. Abg W pun sama berkobar2 utk apply and buat forex, full time. NN bg nasihar agar tidak terburu2 utk declare title full time tuh sebab antara larat tak larat utk buat forex ni. Dia minta tolong aku ajarkan initial set up utk NF. Bagi aku, kecik tapak tgn, stadium webley aku tadahkan. Mmg aku bagi galakkan utk dia buat forex, tapi bukan forex full time. Silap aku gak dulu memprovokkan teman2 forex aku kat sini utk retire early and financially freedom. Mmg tu target aku. tapi aku sendiri kurang yakin. Walau aku tahu keupayaan dan had aku.

Cuma apa yg sedang bermain di kotak minda aku kini hanyalah kehilangan teman2 rapat seperjuangan aku. isk isk isk…..klu dulu, aku ada AMA, TH, AR. Kami berempat adalah geng makan tgahari.AMA adalah former superior aku yg paling cool penah aku jumpa. Tapi, jodoh aku sebagai staffnya tak panjang bila dia dapat better offer. Kendian TH yg buat full time omegatrend dia tuh. Pas tu AR bebaru ni gi HP. Yg the latest, FR. Aku sedeh sgt. Kenapa aku diberi ujian macam ni? Yg akan menyusul adalah Abg W, dan AA. Diorang sedikit sebyk memberi aku dorongan utk hidup. Walau adakalanya hati aku tercalar dgn usikkan liar diorang. Aku rindukan saat aku mula2 bekerja kat sini dulu. Aku rindu akak2 yg seofismate ngan aku dulu. Kak Z, Kak L, Miss SS, Miss G and Ms SSC, former superior aku gak kat department lama aku yg disegani itu. Disegani sebab aku pernah ada boss paling seksi and vogue ketika itu.

Monday, January 29, 2007

Pembunuh Bernama Isnin.

Ari ni macam ari isnin yang biasa aku tempuh. Penuh dgn tanda2 mereka2 yg berkabung tanpa sebab dan alas an yg kukuh. Isnin bagi kami di sini ibarat hari terbunuhnya hari ahad , hari sabtu dan hari2 yg kira boleh dikonsiderkan sebagai hari cuti. Jadik, kami sekeluarga di sini mmg berkabung hanya kerna terbunuh nya hari2 cuti ku yg diperdewakan. Semalam, adalah di antara malam malam ku yg luar biasa apabila segerombolan manusia yg menghubungi aku di hujung hari yg akan dibunuh oleh hari isnin itu. Antara nya, Ez, yg masih setia dan tanpa jemu berusaha mahu membuat perhubungan di talian maya setelah sekian lama membatu mendiam kan diri tanpa sebarang response dariku yg alpa lagi naïf ini. Kupasti, Ez turut menyemarakkan kemenangan nya bahawa aku telah turut serta mengakui bahawa aku sendiri sebagai insan ciptaanNya yang kerdil, adalah insane yang naïf lagi alpa. Setelah beberapa ketika aku berbual dgnnya, aku hanya menganggap bahawa perbualan malam tadi hanya lah pembuka bicara dikala hari hari cuti ku terbunuh dalam nahas kekejaman hari isnin. Namun, kutetap tidak memahami diri Ez, mengapa dia terus menganggap hubunganku dgn Ikin adalah hubungan yg istimewa sedang aku dan dia hanya la teman bual dan teman bicara di kala kami dilanda permasalahan peribadi. Sedang hati ini telah lama tertutup dan dipateri dari panahan asmara Ikin. Semmgnya aku tidak dapat menerima kehadiran Ikin dalam hatiku sedang dia adalah perempuan yg paling rapat dgn aku.
Hatiku hanya utk perempuan yg benar2 memahami betapa rakus nya aku sebagai seekor naga yang liar lagi ganaz. Andaikata Ez membaca makalh ini, anggaplah ianya satu pengakuan ikhlas yang aku mmg tidak boleh terima Ikin sebagai teman istimewa, tetapi hanya lah teman bicara ku sahaja.
Pagi ku di hari ini, hanya lah tidak lain melayan blues aku di kala aku sakit hati dgn superior ku khamis lepas. Diperjalananku ke kantor, kudikejutkan dgn panggilan dari superior ku. Aku tersirap dan menyirap bila aku cuba utk mengawal emosi ku dari segala perasaan.
‘Are you coming in?’
‘on the way, on the way…tooooooooooottttt’
segera ku tamat kan perbualan yg tak direstui itu kerana jarak ke pejabat ku hanya beberapa sedutan rokok sahaja lagi.
Kukuak pintu kantor ku yg hamper usang kerana telah pun dikuak beberapa ribu kali setiap hari itu. Tidak kelihatan kelibatnya yang constipated itu. Kulega. Aku digegarakan lagi dgn panggilan telefon dari Golumn, teman seperokokan aku di waktu pagi, tghari dan petang di kebuk wasap di kafe.
Dan paga itu juga aku digegarkan dgn gesaan seorang mamat bermata sepet dan berwajah tembam bagaikan ahli sumo tak cukup makan supaya aku menghadiri meeting bersama seorang prog mgr. Jentera otakku berputar, kerana aku tidak mahu lagi jadi bahan api kepada superior ku yg telah sedia kala constipated. Tghari itu, sedang kami berperokokan di mamak, sambil mengutuk2 keadaan yg sedia ada, aku dikejutkan lagi dgn tepukkan mesra dari superior ku yg ntah dari mana dtgnnya. Kami terperanjat! Andai ada air yg melimpah, pasti air itu akan kaku sebentar dan selang beberapa nafas kenmudia, baru ianya bertabur dan disejat ke udara.
‘Meeting at two, ok?’
‘OK ok ok….’
Ku berlari bagai anak2 yg baru mahu bertatih, menuju ke kantor ku kembali. Kuhela nafas yg panjang apabila tiada yang kritikal sgt meeting petang selain dari mereka2 yg mencari scape goat utk disembelih. Kesian jugak aku tgk mamat bernama I itu kerana meski dia mempunyai sejarah di company ini, dia terkena lagi seolah seperti jam waktu itu terhenti dan menunggu kedtgnannya utk dijadikkan scape goat. Pepehal, supplier yg jadik mangsa sebab tukar material tanpa pengetahuan kitorang kat sini. Petang selesai shj solat zohor, kami beramai2 ke kafe tanpa pengetahuan superior ku yg ibarat pulau tanpa akarnya. Terumbang ambing dilautan keliru. Sedangkan kami berseloroh tentang dia, nombor telefon nya muncul di telefon salah seorang dari kami. Seolah seperti menanti maut yg singgah utk menyiang salah seorang dari kami. M inform utk jawab call tu. Tpi, O menidakkan hinggalah dia muncul di belakang gollumn. Kami berpandangan antara sendiri kekeliruan. O merasai sungguh serba salah bila panggilan superior kami itu adalah panggilan maut macam dalam citer the Ring itu. Dikepalaku terbayang wajah O yg menggelupur diserang olehnya dgn mata terbelalak dan lidah terjelir keluar. Ngeri sungguh keadaan ketika itu. By the way, itu hanyalah khayalan Alley McBeal ku sahaja. Lampu kafe tetiba padam tanda jarum pendek tunjuk waktu antara pukul 5 dan 6 dan jarum panjang tunjuk angka 6. tiba utk pulang. Sedang aku kini sibuk menanti mezannine floor ini kosong sehinggalah ke malam nanti. Walau kini masih ramai yg setia bekerja seperti ku kini dipukul 7.06 minit….

Friday, January 19, 2007

mau tak mau (by hook or by crook!)

Semalam, hari pertama bekerja Ikin. Aku tumpang gembirasetelah selama ni dia mengeluh kena bebel ngan mak dia pasal tak dapat keje lagi. Dia antara penanam2 anggur yg aku kenal kerana bernasib malang bila UNISEL, u tempat dia belajar tu lembap nak mampos bagi mini transkrip. Kesian kat dia nga bebudak batch dia terpaksa buang masa yang berharga sebab masalah camtu. Klu tak diorang dah start menjejak tangga kejayaan di alam pekerjaan yg baru buat mereka. Diorang bagaikan anak penyu yg akan ke tepi pantai mengharungi ganaz sadis sepak terajang alam pekerjaan. Aku rasa, Ikin lebey bersedia setelah aku mencerita kan pada dia tentang pengalamn sepak terajang ku selama mana aku di alam pekerjaan. Buat para pejuang yg baru melangkahkan kaki ke alam pekerjaan, semoga mendapat jalan yg dipermudahkan olehNya….
Bagi aku, cerita perjalanan Ikin dalam proses nk mencari keje tu sama dgn memana individu yg turut sama mengalami proses mencari tu. gitu jugak ngan aku.

In this job hunting epoch, aku tak salah kan sesapa melainkan tuan punya diri utk menggerakkan mental diorang utk memperbaiki taraf hidup. Gitu jugak dgn aku. walaupun aku dapat rasakan yang berada di dalam comfort zone, terlintas di sudut hati yg aku masih tidak berpuas hati dgn taraf hidup aku. aku masih lagi dgn kelisaku, walau hakikat aku tetap masih sayangkan dia. Seolah tidak mahu aku lepas kan dia ke tgn mereka yg penuh rakus. Aku pernah tido dalam kelisa ku sebagaiamana selesa aku tido di kondo ku.

Dia bagi tau aku, yg dia kena training kat SHRDC, Shah Alam. Mencanak dia mengelabah nk cari umah sebab isnin ni dia dah kena start training kat situ. Therefore, ahad, mau tak mau, kena gak move in ke mana2 bilik sewa. Last skali dapat. Dok seumah ngan member dia time kat unisel dulu. klu suh aku cari mmg stok atas dua ratus la. Mana nak dapat bilik sewa bawah seratus melainkan klu kena dok macam dalam umah kongsi atau flat kos rendah macam kat seksyen 7 tuh. Time aku student boleh la aku dok situ. Tapi time dah keje, sori la.

Mau tak mau jugak aku kena tolong dia sebab klu2 dia kena work on shift. Pagi dan petang. Susah gak tu klu dah kena keje shift. Takat ni Alhamdulillah keje aku tak lah sebaban keje macam tu. klu aku masuk waktu malam pun sebab on call. Bukan sebab shift. Tu pun dalam seminggu adala dalam 2 ke tiga kali aku akan masuk jadik trouble shooter kat line.

Pagi bos aku dah bagi tau yg volume utk next year mmg zero. Dgr macam terrifying. Ni sumer sebab silap mgt tending org sesuka hati. Org yg dia tending tu plak bukan nya calang2 org. former director lak tu. tending plak dgn cara yg hina yg over sgt. Aku pun tumpang seedy kat Mr V sebab kena tendang ngan Mr B gara2 campur tgn sebab volume and certain problem yg dia rasa boleh settle dgn mengejut. Pasal dia, nasib beribu staf kat sini bagai nyawa di hujung tanduk.

Mau tak mau, klu waktu malam tu, mesti Nampak beberapa org yg stay back, bukannya buat keje pun, tapi surf jobstreet and jobsDB. Hahahahaha! Lawak2!! Apa kejadah nya yg dah jadik ngan co aku skang ni……???mereka itu termasuk la aku..hehehehehehe…bagi aku memang susah nak cari environment keje seliberal skang nih???

Sunday, January 14, 2007

2007:Sebuah Prolog Sadis

2007 menyaksikan kecelaruan mindaku bila aku masih rasa tertekan dan ditekan kerana keadaan kewangan diriku yang masih boleh dikatakan lama. Cuba utk berkecimpung dalam dunia forex, tapi pengaruh sahabat tak dapat aku kekang lantas aku hanyut bersama kegagalan mereka. Malam ini aku berjanji untuk tidak turut sama dalam kehanyutan itu sedang aku punyai caraku sendiri untuk mendapat pendapatan harian ku sebanyak USD10-USD20 sehari. Begitu ramai yang agak dan terlalu obsess dengan urusan perdagangan ini hinggakan mereka butakan telinga dan pekakkan mata demi mengaut semaksimum pendapatan yang boleh.
Aku berjanji yang aku punyai jatidiri indicator sendiri yang selama ini aku guna untuk menjana pendapatan aku. Sejak aku terpengaruh, aku mula sedar yang keuntungan dahulu telah lama aku tidak hidu lagi.
Malam ini jua aku disaksikan kehimpitan aku untuk menerjah ke
www.jobstreet.com untuk menghidu angin baru kehidupan aku di dunia pekerjaan lampau. Termuntah dari Kelisaku yang molek itu, aku agak kasar lalu telur yang aku beli untuk sarapan esok pecah. Aku panaz dan terbit daya refleks untuk menghayun keseluruhan telur itu ketengah jalan raya. Jalan di FSA bermandikan telur untuk sarapan pagiku di keesokan hari. Aku sudah tidak dapat menahan kegelojohan aku untuk mengorak langkah ke pencapaian hidupku yang lebih mulia. Seperti kata ibuku, orang miskin tak berduit macam kita, sapala yang pandang….’ Demi kata2 ibuku itu, aku tahu tersirat seribu makna kehidupannya yang lampau. Latar suaranya agak bergetaran tanda pilu hidupnya tidak dapat beri kemewahan kepadaku. Aku tidak pernah rasa mewah sepanjang hidupku. Hinggalah akhir2 ini, aku dapat rasakan apa itu mewah setelah Allah berikan aku akal untuk menidakkan segala turutan ibuku untuk kerja makan gaji dan kerja kerajaan. Tertancap di hati ini betapa perit hidup aku mula menatang hari. Perlu aku gesa untuk aku akhiri keperitan itu. Alhamdulillah, kulihat jalan itu terbuka luas. Hanya peluang yang kucari kini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...