nuffnang

Friday, March 30, 2007

ciri-ciri orang munafik sejati

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya। Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA।"Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."
Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya। Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR। Firman Allah SWT:" ...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..." (At-Taubah: 65-66)
sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat।" Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.
sabda Rasulullah SAW:"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat।" (HR. Bukhari Muslim)
Firman Allah SWT:"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..." (Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.

Monday, March 26, 2007

Sabtu di hujung Mac 2007

Sepatutnya ada A1 GP Brazil Circuit tadi kejap. Tapi macam takde. aku terpaku menonton sebuah drama citer pasal seorg tua yg bakhil nk gi aji bernama Jali (jalil hamid).dia ni penah ada bini tapi dah arwah gara2 kebakhilannya bagi makan biskut mayat (aku pun tak tau biskut mayat tu apa). Kebetulan plak si Jali ni ada kakak ipau sorang bernama Semah (norliah ramli). Semah ni mmg dah lama tak puas ati ngan si Jali ni atas kematian satu2nya adik kandung dia kat dunia nih. Selain dari kedekut mcm2 hal dah org tua jail ni dah buat. Jual tanah org. tak bayar gaji staf n byk lagi lah kemungkaran antara manusia yg dia dah buat.
Dalam proses dia nk gi aji tu, byk la input yg dia dapat pasal tuhan bayar cash kat sana la, atas sebab dosa yg org tu dah buat sebelum dia gi aji tuh.

Bila mamat ni dah menggalabah nk bertubat, byk cara dia buat. Sebab ada kedai kopi mate dia cakap, dosa dgn Allah, kita boleh mintak taubat. Tapi dgn manusia, yg paling susah sebab manusia ni ramai. Selain dari nk mintak mahap tu plak, dia terpikir sebab dia dah byk aniaya org kampong yg keje bawah dia dulu tak dapat gaji dua tiga bulan. So, pak jail ni gi lah ke warung kat kg tu, tampal poster suh sesapa yg dia ada hutang, mintak claim kat dia sebelum dia gi aji. Question: kenapa dia tak buat ledger bila time nk byr gaji, atau sesapa yg berurusan dgn dia? ???? bg aku mungkin tak mampu nk buat ledger secanggih yg aku expect. Tapi, tu la yg sepatutnya org berniaga buat. Dalam citer mmg gaya meniaga dia ala kampong. So, soal audit ke, ISO ke, process flow ke, mmg tolak ke tepi. Sebab klu aku ada kat situ pun, mmg diorang akan kata ‘ko ingat ni company buat KLCC ke?!!!’ bg aku tak salah, Cuma kita dah diajar dari kecik utk berfikiran jumud. Takleh nk salahkan sesapa lah kan.

Bila time pak jail ni rasa bersalah sgt pasal kematian bini, adik kepada kaka ipau dia, dia pun gi la ke umah semah ni, merangkap bakal besan dia lak tuh. Utk memanazkan keadaan si semah:
i. kata ingat gi aji dia boleh gain apology from people yg dia dah pasal esp diri si semah tuh?
ii. Jgn mimpi dia nk berbesan dgn org tua kedekut tuh.
Pak jali berlalu kekecewaan. Ijam, anak kepada semah kata, walaupun dia dah bagi statement yg dia takkan maafkan dia, Pak jail tah tunaikan tanggungjawab dia. Klu Pak Jali ninggal, Semah lak punya tanggungjawab sebab tak maaf kan org tua tuh.

Tiba la masa pak jali n bini muda dia (mmg bermusuh ketat ngan bakal besan dia tuh. Sebab chenta, anak memasing tak kisah dua2 org tua diorang perang saudara) gi aji. Nk dipendek kan citer, Pak Jali ilang kat mekah tak muncul2. ramai la org yg pelikkan. Abang kepada pak jali ni plak, belum kata apa2 lagi, org kampong (pempaham la kan molot org kampong esp org melayu, byk buat spekulasi) dah kata pak Jali ninggal kat mekah. Ramai la org yg pengsan, tompang sedih dgn ketiadaan pak jali. Nk dipendekkan lagi citer yg mmg sedia panjang nih, tetiba muncul kelibat pak jali kat kampong. Lagi skali sebab molot org kg la katakan, kecoh bagai nk rak kasut, pasal roh pak jali berkeliaran waktu siang lak tuh. Mmg pak jali on the way balik dari aji pun ari tu naik citroen mpv (observant tak aku???) tapi bukan sorang, bertiga. Ropenya, pak jali nih dah menikah ngan sorang janda beranak satu. So bertiga la kan……yg peliknya, bini muda dia tak plak react macam org 2 kita biasa react esp pompuan bila dgr laki dia dah menikah senyap2. cool jek bini dia. Kan bagus klu summer pompuan positif macam bini pertama dia tuh. Tgh kecoh2 tuh, tetiba bini no.2 dia plak pengsan. Biasa la kan (ropenya dia dah nikah beberapa bulan sebelum dia gi aji…) pompuan mula2 nk ngandung. Mestila pening2 lalat skit. Citer tu dilakonkan di hulu langat selangor. Aku syak dari awal drama tu sebab diversification loghat campur, ada loghat nogoghi, utagha, penang, melaka (of coz) biasa klu diorang berlakon kat kuala sungai baru (kg bang long bapak aku),mesti hiasan dalaman dia tak hengat warna meghelip-ngelip.kena pakai spec itam. Cakap plak ending ngan pantun, cth pantun yg aku amik dari citer Cik Mala Janda berhias atau Ayam Kampung (tak silap aku)

Makan pulut atas busut,
Apa mulut tu नक kena kasut???

Time tu, norliah ghani tgh gado pasal apa ntah dgn si rosnah mak aris. Dressing tak hengat, pakai kebaya pendek teteghari buta. Padahal bawak tapau
bakul sia utk jalil hamid jek. Nk ngayat le tu.

aku kalo citer pasal kisah reality idup masyarakat pertengahan ni mmg favourite aku. Tapi aku paling benci citer kisah hidup corporat yg keparat. Klu corporate yg pure and bebetul citer pasal business (techinically) mmg aku minat) takat cinta tu, n cinta cenggini, n of coz la merosak minda org kita tentang sangkaan burok, Ohhh ini ropenya dunia kehidupan masyarakat corporate yg keparat….rasanya director diorang yg dangkal pemikiran sebab anggap asal citer boleh jual laku, buat la citer camtu. Kira macam adik beradik citer grey’s anatomy la ni. Masukkan unsur sex, mesti la org suka tgk. Cenggitu gak ngan citer corporate keparat nih.

Semalam gi kenduri kawin member baik aku time skola kat sikamat dulu kat dewan banquet, MBSA. Kira dia boleh dikatakan under ground kickass dude la. Maksud dia berjaya la dalam bebanyak kitorang. Aku gi ngan Nadja. Aku pakai kemeja long sleeves RL aku tucked in dalam 501 aku. Nadja plak pakai kebaya panjang (atas request dari aku. Aku mmg suka tgk pompuan pakai kebaya. Esp kebaya pendek yg ketat….heheheheh).tgh duduk2 tu, tak plak aku nampak xskoolmate aku. Pelik…but I dun really give a damn. Diorang takde pun takpe sebab majlis tu formal. Member aku ni PTD stationed kat MITI. Aku mmg zero knowledge bab2 ranking kat government nih. Ada la plak sorang mak cik ni borak2 crossing us to some makcik @ datin (tau la dressing datin camna.anak kucing pun boleh sesat dalam sanggul dia) yg dari tadi dok pandang aku atas tgh n bawah, pas tu senyum kat aku bila laki dia takde. Nadja pandang jek aku time tu. So, aku pun mmg tak selesa la. Bukan seba datin tuh, tapi sebab makcik 2 nih ngompat pak mak pengatin la, gelar kan professor bangang la, dr ayam la (teringat lecturer aku, dr yusof) penganting bunting kelamin la. Aku ngan nadja klu boleh nk elakkan anasir2 buttho ni dari meng contaminated kan otak kitorang dari jiwa pemikiran all these typical maly nih.
‘excuses us, makcik pakcik’
‘ok. U’r such a nice couple anyway. Tak nak salam datuk ke?’ jawab datin tuh yg nk tunjukkan status yg dia tu sebenar nya datin sebab aku panggil diorang makcik pakcik. Dulik hapa haku.
‘ c’ya ‘datuk’ n ‘datin’’

Kitorang macam ada perasaan rimas dan cemas. Gi jumpa penganti, snap a few shot with my new Sony Ericsson W810i (hopefully cyber shots la kan Insya Allah) n then chiouw.
Sampai apt Nada, borak2 skit kat bawah tu, pas tu dia ajak aku makan sundae kat mcD. Gi mcD sect 3, borak pasal problem dia ngan hmate dia yg pindah mengejut (sin baik tak mati mengejut) so, tu all my fellow bloggers, and reader, u can put ur interest kat post relpy utk nk sewa bilik ke atau nk dok ngan all the lady’s kat Apt Baiduri, Shah Alam. Tak kesah la kije ke, student ke.kemasukkan this April 2007. sewa dalam MYR 150++ kot.
Anta nadja balik, petang takdak apa buat, ngadap channel 9, tgk Jimmy neutron, Spongebob, n tah apa katun lain ntah kat Ch 9 tuh (cam budak2 aku ni kan?mmg nampak cam budak2 pun) sampai tertdo depan tv. Sama la ari ni. Kul 4 pagi, aku mimpi perut aku sebu semacam. Aku terbgn, mmg perut aku sebu pun. Alahai, dah la pil chi kit teck aun aku dah abis. Apa lagi, mukadimahdia kuar mmg cam biasa, tapi ending plak not happy ever lasting. Kuar cam air. Pagi pening2 sebab dehydration. Minum air jarang bebyk. Sampai aku kena taruk gadis tol kat pintu jamban aku sebab setiap 5 minit aku terasa nk kencing. Warna pun dah jernih. Bau pun dah takde. Mmg purified air kencing aku. Sampai kencing tak tutup pintu dah. Lagi pun umah aku dok berdua. Satu bilik kosong, tgh cari org skang utk April ni gak kat bukit jelutong kondo, Elaise 2.

Jap tadi borak ngan Ikin, besfwen aku. Kitorang klu borak macam2 kat ym tuh. Try buat PC call, dgr sore aku jek. Dia dgr tapi mic dia cap hayam. Takat ngompat si cemelaka (celaka + melaka) tuh mmg compulsory la kan. Ikin mmg dah cakap kat aku jgn continue nk berhobongan ngan si cemelaka tuh. So, aku mmg lupakan dia totally atas sebab apa yg dia dah buat kat aku. Ikin selalu marah aku sebab si cemelaka tuh. Dia kata aku dah tembam macam kure2 dia kat kg (kura2 tembam ke?) sebab hati aku senang dgn Nadja. Dia kata aku selalu susah hati bila dgr citer aku ngan si cemelaka tuh. Tu yg kurus kejap tuh. Aku kurus pun bukan sebab si cemelaka tuh, tapi sebab byk mende yg aku risau kan. Pasal keje, issue kat kompeni, VSS rejected, boss buat perangai, tambah lak aku dah nak start sayang kat si cemelaka tuh, tapi nk buat camana. Takdak jodoh. Ramai member aku cakap, la takrabul hazihi mumistu. Tu dalam al lughatul Arabiyyah. Dalam bahasa, jgn dekati p*******r itu. Sampai camtu skali marah diorang kat aku pasal si cemelaka tuh. Apa yg dia dah buat tu, tak yah la aku citer kan kat sini. Diorang kata, tak nak dgr lagi aku complain pasal mumistu macam tuh.

Baru kejap tadi Nadja tepon Tanya aku, ada aku sakit perut semalam? Belum sempat dia habis kan ayat
‘Sah!!!! Ni mesti pasal ayam percik kenduri semalam nih.’ Dah puas aku mentekedarah macam Slimer dalam citer ghosbuster tuh, tak nak la tuduh yg bukan2 sebab aku makan mmg tak tgk sgt. Hari sebelum tu mmg aku ada makan Maggie mamee mentah. Ropenya Nadja pun sama kena diarrhea (betul ke term aku nih?) hopefully, Allah selamatkan member aku tu dari segala bentuk cercaan dan tohmahan sebab kenduri tuh walaupun aku salah sorang mangsa yg cuba bersangka baik. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Wednesday, March 21, 2007

Selepas berkoyan2 dugaan dtg menimpa, aku hanya mampu senarai kan jek:
i. bos naik kepala,tapi kepala putus akhirnya,
ii. penipuan atas nama Allah dan kitab Suci al-Quran (Naudzubillah)
iii. Dilema kerja dan kerja
iv. jodohku, kutemu jua...alhamdulillah...
v. Petang2 Macku bersama Ikin
vi. Penat.........

Semuanya akan disingkap pada hari2 yg mendatang....Sabar.....kepada yg akan terkena.......

Sunday, March 04, 2007

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 24:35

Ayat ni dipetik sebagai tanda peringatan kepada amalanku. Ayat ni pertama kali telah diajar Ustazah Mariam time aku form 2 dulu kat Sikamat, Seremban. Dia kata, ayat ni, insya Allah klu kita tadah tgn, baca dan sapu kan pada mana2 tempat yg kita rasa sakit sebab lebam, atau kena sengat, atau terluka, boleh dikurangkan dan dihilangkan rasa sakit tuh. Beberapa tahun pas tu, time aku nk SPM, ujian Allah dtg bertubi2. Aku kena alergi kulit kat kaki. Sampai nk jln kena ngengsot. Dorm time tu tingkat paling tinggi. Tingkat tiga. Time tu mmg aku tak fikir yg sakit aku tuh boleh ganggu aku belajar. Tapi, kesakitan yg amat sgt dari dalam kulit tu, membuatkan aku hilang konsentrasi.
Akhirnya, aku terima takdir tuhan yang aku hanya dapat keputusan cukup makan jek SPM. Time tu, mmg ada perasaan utk belajar dalam bidang IT dgn lebih mendalam. Aku tak rasa yg aku pioneer dalam menggunakan Microsoft office time tu sebab bill gates masih berada di tahap perkenalan time tu dalam dunia IT. Time tu aku hanya mampu jadik pengawas perpustakaan. Semua PC multimedia setup dalam tu aku buat and discover senyap2. tak ramai yang tau, aku masuk library malam2, baca
Encarta, software ensiklopedia. Time tu kebetulan, bapak aku belik pc baru, 486. adala dapat ensiklopedia percuma. Software yg sama gak.
So, dalam kesakitan tu, aku teringat kat ustazah Mariam. Tapi, bila dipikirkan, takkan aku nak sapu ayat Suci tu kat kaki. So, aku biarkan saja perderitaan selama tiga tahun aku tuh. lepas jumpa klinik pakar, baru surut sakit kulit aku tu. Time masuk diploma ngan degree, aku tekadkan usaha utk belajar bebetul. Alhamdulillah, hasil usaha berkat kesabaran aku, dapat la aku merasa kemewahan yg aku impikan selama ni. Cuma, di sudut hati aku ada terpikir yg sampai bila aku mewah dgn keje makan gaji jek? Byk gak nasihat yg aku terima pasal cita2 aku nih. Tak urang tentangan yg hebat dari org tua aku sendiri sebab berdasarkan pengalaman diorang, org yg meniaga ni, mesti rugi dan tak kan ke mana.utk tidak menambahkan dosa aku pada diorang, ada baiknya aku pendamkan hasrat murni aku tuh. termasukla VSS yg aku apply tu dari diorang. Aku rasa, klu diorang tau, mesti risau gila babi punya. Bagi aku, rezeki Allah tu ada kat mana2. klu tak cari, mmg tak jumpa. Klu tak belajar teknik dan strategi yg betul, pun mmg takkan ke mana jugak. Ekceli, org tua aku tujukan yg berniaga tu pada abg ipar aku. After a series of failure in doing business, diorang conclude bhw, business tu tu satu perkara yg bukan mudah. Bagi aku, business tak semestinya menjual sesuatu atau memberi khidmat. Adakalanya, org silap tafsir. Aku bukan nak pandang rendah, tapi semalam aku ada tertgk drama melayu bertajuk ‘kerana ringgit’. Citer pasal penoreh yg nk ubah nasib hidup dia dgn berniaga tebu. Pas tu, mamat yg jual mesin tebu tu, jual mesin yg dah rosak. Mengamuk sakan la penoreh ni. Lepas dah gado2 tuh, kebetulan member si penoreh ni, cdg gi kursus berniaga utk dapat kan loan niaga. Sementara tunggu loan nk approve, member si penoreh ni, cdg kat si penoreh ni usaha kan tanah arwah sedara dia yg terbiar tu dgn bukak lading tebu. Disebabkan director drama tu pemalas atau nk cut cost, tetiba dan dan lompat ke scene bini si penoreh tu bawak air dan nasik lemak utk customer dia. Kira dia dah bukak warung jual air tebu la tu (plus air yg lain + hidangan ala carte et cetera). Walaupun, jln citer dia agar kabur, mungkin bagi aku yg cepat pick up ni boleh la tolerate jln citer sebenarnya. Tapi, bagi melayu tipikal yg lain macamana? Kesian gak kat diorang tertanya2, macamana kesudahan citer tuh and macamana kesan citer tu pada diorang. Walaupun skrip dia mmg obviously generic, aku tak rasa bende tu tak cukup terang utk org kita nk mensasarkan reality hidup utk bersara awal. Maksud aku, bersara dalam erti kata bekerja sendiri dan tak terlalu dependent kepada kije makan gaji nih.
Aku tahu, ramai yg mengaku kije makan gaji takkan bawak diorang ke tahap penghidupan yg lebey sempurna. Tapi, dg nada nya ledakan maklumat pasal swisscash, abb fund and wat so ever, diorang kena lebey berhati2. apa yg Ikin bg tau aku pasal hokum hakam jana pendapatan melalui internet ni bagai menarik benang dari tepung.
Ustaz Zaharuddin, mungkin adalah nama yg tidak asing di kalangan kita. Tapi, berdasarkan web site tuh, mmg bebetul bagi kesedaran kepada kita umat islam utk lebih berhati2 dalam soal putar belit kewangan. Kita mmg desperate utk cari side income. But then, kena fikir sedalam2 nya. Sebab zakat bukanlah penyelesaian utk menyucikan harta yg dah sedia haram dan batil. Mmg jelas, sesuatu yg fix dan constant, dikira sebagai faedah. Faedah itu kita mmg tak tau dari mana melainkan terdapat untung rugi serta price fluctuation. Ni dah boleh disamakan dgn simpanan tetap atau fiz deposit. Tapi, dalam keadaan skang, ramai org kita yg menyimpan dalam FD nih. No wonder la, diorang tak takut2 utk join swisscash n yg seangkatan dgnnya. Malah yg peliknya tu plak, pak imam pun join skali……dunia2!!!

Hari ni aku telan dua sudu minyak kelapa dara dua jam sekali sebagai tanda kecewa aku dgn dunia perubatan moden yg penuh dgn penyamaran. Insya allah, berdasarkan pengalam aku dalam self DIY survival nih, minyak nih mmg mujarab, dgn izinNya. Batuk aku yg tak reda2 nih, membantutkan semangat aku utk kuar jenjalan dgn Ez siang tadi. So, aku terpaksa stay kat umah berehat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...