nuffnang

Tuesday, April 17, 2007

mushroom cheese spaghetti

Petang tadi, sempat aku buat gravy utk mushroom spaghetti. Buat ala kadar. Amik instant soup mushroom cream, masukkan bawang besar (diced) and panas kan dalam microwave. Lepas tu baru masukkan cheddar cheese, kacau sampai dia dissolve dalam sup panas. Masukkan cendawan kering, reheat balik 3-4 minit sampai dia bebetul pekat. Selain pekat, perasa dalam instant soup akan meresup ke dalam cendawan kering yg dah kembang tuh. Kuar kan. Satu packet instant soup boleh jadik dua hidangan.

Letakkan skit separuh atas spaghetti yg dah masak, letak cheese lagi skeping, reheat…byk kali betul kena reheat. Almaklum la takde dapur. Yg silap tu plak, aku terletak onion time reheat. So, onion tu jadik tak ranggup.

Pas tu, voila!!! ada sesapa nk try...boleh buat apointment.

Kebetulan semalam time kuar minum kat kedai kopi, aku n nadja citer pasal pot luck kitorang yg tak jadik sebab non nemo dad ad idem (pertentangan minda). Ropenye mmg dia nk buat mushroom crème spaghetti. Kebetulan la plak tekak ni nk merasa. Sib baik tak bawak. Klu tak , kes naya kena telan bende yg sedap macam citer fear factor.
So, we both made a pack. Next time klu plan nk buat pot luck, kena make request. Aku request something yg simple like chicken sandwich. So, dia request nk macaroni n cheese. Hmmm , macamana nk buat macaroni n cheese ni plak? Dalam pala otak aku fikir, bende yg sama Cuma substitute spaghetti tu dgn macaroni….macam taktik kotor la plak. Wut ever…..

Ps…ini cara hidangan ala Atkins…..sesapa yg tak biasa, jgn amalkan….sekian tima kasih. coming up next, onion egg sandwich with cheese...




Monday, April 16, 2007

ari coti



Ari ni aku coti. Macam biasa aku akan monitor forex aku kejap kejap. Since skang ni aku guna 2 software, so, kena double triple daya penumpuan.

Ari ni sepatutnya ada plan pot luck ngan nadja. Bosan la makan and minum2 kat kedai manjang. Tu ari dia ada citer dia masak macaroni and cheese. So, aku plan utk buat bende yg sama. Dalam masa dua tiga ari ni aku rasa gak relek walaupun keje byk. Klu fikir pasal keje, mmg tak akan dapat peluang utk aku bercoti macam ari ni.

Aku plan utk traveling kat area2 mesia nih. Coti2 mesia…..tapi tak lah coti mewah kena sewa hotel tu semua…klu ikut budget, mmg susah la. So aku piker tgh cari geng utk round kat area2 jauh skit kat mesia nih, pantai timur atau pantai barat mesia. Tak pun selatan tanah air. Klu dapat gi langkawi aku tak sure budget dia camner. Takut chalet dia ikut standard price la plak. Tak macam pangkor. Tapi aku suka gi pangkor. Byk kenangan kat sana. Kenangan time aku kecik2 dulu. Time tu famili aku gi rombongan sekolah ke penang. Kira penat gak gi ke sana ke mari. Byk citer nye. Tiap kali cutis skola mesti ada rombongan. Tahun yg kendian tu lak, ke ganu. Pas tu ke Cameron highland.
Tu semua kenangan lama. Actually byk yg pahit dari yg indah. Aku pun tak sure kenapa.aku tak suka ingat bende2 lama. Esp kenangan time aku kecik2 dulu. Yg masih melekat kat pala otak aku, kenangan ngan adik beradik aku n ibu aku. Selama ni pun mmg aku hanya dapat kasih dari dia. Pepehal aku akan citer kat dia. Apa hal klu mintak duit belanja, mesti aku Tanya dia, walaupun aku tahu dia kan mintak bapak aku. Takat ni, aku tak penah minta kat bapak aku. Adik beradik aku semua mmg susah nk citer problem kitorang kat dia sebab takut kena sembor. So, sampai skang aku kesian kat ibu ak u sebab seolah umah tu tak de org duduk sebab ada bapak aku. Kak long aku mmg dulu penah makan ati dok umah tu sebab mulut bapak aku. Aku penah makan ati dok umah tu, walaupun dua tiga hari (walaupun tak bercakap sepatah haram dgn dia) sebab ada bapak aku. Adik aku, aku tak sure, tapi dia tak penah nk tunjuk dia makan ati sebab dia ni pompuan yg rebellious. Dia ni suka menjawab klu kena sembor ngan bapak aku. So, utk tak nak jawab menjawab nih, dia pun kuar dari umah tu. Klu nk diikutkan, kitorang summer mmg boleh dok satu umah. Tapi disebabkan mulut main cakap lepas, kitorang tak berapa sgt dok lama2. pada perasaan aku, dari kecik lagi mmg kitorang penah selalu citer nk kuar dari umah tu cecepat. Cara nya, masuk U, keje atau kawin.
Mmg pada pandangan org lain, org mesti kata , tu mak bapak aku jgak. Tapi, secara technically nye, kitorang selalu makan ati. Serba salah nk buat itu ini kat dalam umah tu. Aku tak nak mewarisi perangai dia. Adik beradik aku sumer tak ikut perangai mak aku yg lembut ati. Semua ikut perangai bapak aku yg panaz baran.
Aku tak tau macamana nk kuang kan sikap panaz baran ni. Cuma, sejak aku kenal Nadja, sikap panaz baran aku dah kuang. Aku pun tak sure dia tau aku ni panaz baran atau idak . takut nanti lepas tunang atau kawin, sikap tu ada balik. Insya Allah tidak. Nadja tak hipokrit. Dia mmg selalu berterus terang ngan aku. Aku faham keadaan kitorang yg agak jauh berbeza jurang perbezaan umur. Cuma mindset tu yg membuat kan aku still dapat bersama dgn dia. Dia akan cuti panjang bulan depan. Dia akan sambung balik masuk keje full time. Dia ada bagi tau yg member dia ada ajak dia gi vacation kat UK. Aku cakap, pegi la. Susah nk dapat peluang camtu. Dalam ati aku berkata, jgn, mulut aku berkata pergi. Dia pergi dalam dua minggu. aku bagi tau dia lagi, cuti dua bulan lebey kan. So, y not, go on jek.

So ari ni aku just kuar having a couple cup of tea like a English Tea Party ngan dia. Hopefully ada khabar berita gembira lagi dari dia.

Tuesday, April 10, 2007

xskoolmate, Xofismate to be and forexmate

Semalam hari yg penuh dgn kejutan. Esp kejutan dari bebudak Xskoolmate lama aku dulu. dalam sehari aku communicate ngan beberapa org. antara macamana aku ter communicate, aku terjumpa salah sekor kat chat room Marketiva. Tapi aku tak berapa terperanjat sgt sebab bende ni dah jadik normal skang. Cuma mamat ni mintak aku jadik mentor dia. No sweat….
Tah camana, sekor lagi mamat ni mmg dari semalam inform kat YM yg dia tgh online gaming command and conquer. Tah macamana dia tersebut pasal flash animation yg dia mintak tolong aku buatkan. Dah lama chat pas tu, dtg plak sorang tanya pasal e-gold.
Lepas terus aku open macromedia Flash aku, buat apa yg patut. Kendian, terlupa plak aku nyer design signature punye format. Tak ingat camna nk convert lines ke bentuk grafik. Lepas dah lama explore, at last aku dapat recall gak. Tapi, bukan surface, kena go in depth baru leh convert line ke grafik. Spoil tul. Malam tu aku tak nak tensen2 sgt. Bentuk tu weekend leh buat. Tapi buat nya streamyx buat palat lagi, susah gak…….
Tah macamana, lepas aku install AI, system macam serba tak betul. YM aku takleh detect network la plak. Sebelum ni, blog aku tak leh post reply. Tak tau apa sebab. Almost giving up dgn probs cam nih. last sekali aku reformat balik XP aku..ok dah skang....bunyik cam keje bodo....bila tanya memeber yg lain, sumer tanya aku balik 'u should know better than us, right???'''
Semalam aku bagitau Golumn ajak dia gi taman Negara. Ikut plan ijoy le ni. Klu jadik, mmg dapat lepas kan gian memanjat, walaupun aku skang ni boleh dikirakan sebagai disable sebab ulna fracture aku tiga tahun lepas. But, I believe, it should be ok by now. Klu nk diikutkan planning dalam bulan jun atau julai. agak sebelum aku tunang la nk lepas kan gian.....
Ada lagi sekor lagi junior xskoolmate aku, tapi dia ni seofismate ngan aku gak Cuma lain department. Dia dalam proses nk menurun berat badan dia yg BMI dia dah ke tahap kritikal. Klu nk diikutkan, bebudak yg sekubikal dgn dia mmg stok camtu. Agaknya org klu lepas kawin mmg cam tu ke? Tak reti nk jaga badan. Makan tak control. Mintak2 jgn la jadik kat aku. takat ni, aku tahu apa yg aku makan. Walaupun aku makan byk, tapi apa yg aku makan tu paling penting. Kekadang memasing lepas kawin, main taram jek apa yg bini diorang masak. Mmg la nk jaga hati laki pada perut nye. Tapi klu dah perut boroi, gedempol, muka sembap (macam org makan rasuah.selalunya org keje gomen ada karekterisitk camni.hahahahahaha!!!sesapa yg koje gomen tu, mampos korang la!!!) pun masalah gak nanti di masa akan dtg. Balik pada junior aku yg tgh on diet nih, dia makan macam2 the herba n ubat utk turun kan berat body mass dia. Yg bangang nye tu lak, dalam masa yg sama,
FIFO LIFO dia dlm food intake tu, naudzubillah, tak hengat!!!! Senaman pun aku dgr dia citer takat jogging (which is consider to be highly risk for those who have critical BMI) tgk la nanti cam ner result dier. Cakap pasal gemok, ada soang minah ni pun boleh tahan gak la loyar burok dia pasal jaga badan nih. Dia kata, biar gemok asal badan sihat????!!?!? Ada gak logika nye tuh, but then, we have to bare in mind than obesity will leads to all sorts kinds of illness.
Esok last day pek yen kat sini. So, aku tanya liza, dia still ada kat opis ke tak. Sib baik still ada lagi. So, lepas bekpes ngan golumn, aku gi naik old building , got a few snaps shot with her. It was so sad to let one of our officemate leaving us. Tghari ni, minum fresh fruit. Lunch petang karang.

Friday, April 06, 2007

seminggu dalam sehari

sepanjang minggu nih:

aku donlod lagu 2 yg cari selama ni tak dapat kat spytorrent.
- Rufus Wainwright, Hallelujah
- Suneohair, waltz (honey n clover)
- Yuki, Dramatic
- Tommy February 6, Lonely in Gorgeous
- Smash Mouth, I am a Believer
- Jason Wade, You Belong To Me
- samsons, bukan diriku, kenangan terindah, n naluri lelaki….

Aku layan youtube sampai kul tiga pagi tiap hari.
- nengok anak2 melayu kita kena tangkap basah.
- video2 clip as above mentioned,
- clip hantu (walaupun ada yg macam hawau!)

Aku still tak buat closing ever since two days ago. GJ (pound sterling/Japs Yen) aku sangkut long. bila dah sangkut, post expenses aku pun sangkut.kena la makan minum pakai swipe jek ngan nadja. sib baik dia tak tau...hhahahahah jahat sial aku..

PC Card projek gila babi bz nk mampos. Plus NPI (audit) from Sony Ericsson punya org. counter part aku, Tim dtg utk NPI nih. Part aku sepatut nya besok tuh, tah macamana tah, antu mana cakap kat dia suh verufy part aku dulu. Sial betul!!! Dah aku buat kije kelam kabut. Sib baik aku goreng mamat tu sampai hangus. Augustine (assistant dia agak dia) macam blur2 bila aku jawab soklan dia. Muka macam yahudi. Ofismate aku bagi tau dia ni portugese….patut la BI hampeh. Lama gak aku diri khamis lepas sebab audit nih. Tiap kali any model sony erics, mmg aku kena punya. Klu ada 9 model, 9 kali aku kena siapkan every fizikal detail logistical requirement. Sib baik bebudak engineer department aku selalu back up aku. Mau nye aku menggelupoq klu diorang takde.

Spec T-Mobile Germany byk loop holes. Buat fitting test, mesti ada jek yg tak betul.

Internal customer aku kecoh pasal O2 UK tak ikut spec requirement. Kena bedal sekali ngan aku pasal tak de request for any changes. Kiotrang ikut current spec.

Department aku tambah dua engineer baru. Fresh grad. Tgk cam blur2 jek. Tu pun ‘Hans Isaac’ department kitorang yg smuggle masuk. Ropenye staf baru tu dok sebelah kiub aku, n minat gila babi ngan Anime. Siap citer kat aku siri2 anime yg di movie kan, yg di movie kan pakai org betul n macam2 la kitorang borak. Disebabkan dia staf baru, aku takde nk kacau sgt sebab dia still on job training. Aku tersedau yg pakai ring tone tommy February 6. aku ingat tepon aku yg berbunyik, ropenye aku lupa aku pakai ring tone Suneohair, Waltz.

Minggu ni aku Bluetooth kan soft ware prayer time zone utk kebykkan staff yg berdekatan ngan cubical aku. Jessen, engineer baru tuh, Bluetooth kan lagu 2 dari anime yg dia pungot dari web site. Byk gile dia simpan dalam phone dia. Byk gak software yg aku pungoot dari web site nih, getjar.
apparaisal semalam aku ngan future former boss aku mmg slumber gila babi. Lagipun, buat apa aku nk takut. Nk kata member kamcing tak gak. Org lain kutuk, aku ikut sama. Tapi sian kat dia sebab selalu kena boikot ngan anak buah sendri. Mmg department aku tu, position manager mmg ramai yg kata hot seat. Bak kata org, kerusi keramat…klu tak bebetul, mmg masak la punggung memasing. Nk plak, mmg position memasing kat department tu jadik interface antara sony ericsson n non sony ericsson produk. Dalam appraisal tu ari, aku tak demanding, tapi aku harap, he kept his word during the time I was deathly wish him to ‘unleash’ me for the damn hefty VSS. Dia tak bagi aku lepas sebab management still need my support, deathly. Tak tau la apa yg dia cakap tu betul….dia bagi tau, decision tu bukan dtg dari dia, tapi dtg dr General Manager and Director kitorang plus several manager that I used to work with , ever since.

start isnin lepas, aku dapat boss pompuan baru yg kecik molek, tapi ramai yg cakap, kredibiliti dim mg unbeatable. Size doesn’t matter. Dia penah byk fitting anf fixture kat kilang aku tu, hasil air tangan dia create project planning production line, inventories set up etc…..aku terpaksa panggil dia Kak S……sebab dulu dia penah sound aku panggil camtu. Biasak la kan klu MNC, panggil org esp mgr, dgn nama. Tapi dia ni lain. So, aku ngan dia macam adik ngan kakak. Sekali tgk, mesti org ingat dia operator pengeluaran kat line. Hopefully dia dapat jadik mgr yg budiman mcm Mr A. Mr A, is the best mgr we ever had!!!!! Skang dia dh kije kat perodua. Buat Post QA, rasanya….

nadja bz ngan test n final dia april ni. So, aku just amik anta dia utk makan2 or minum. Tak de nk lebih2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...