nuffnang

Saturday, June 16, 2007

semusim yg lalu

semusim yg lalu aku rasakan sekejapan berlalu tanpa titik noktah. lepas jerih aku berlaga perasaan dalam application VSS aku yg gagal n ditolak mentah2 oleh boss aku, aku makin stress. Janjinya mahu beri aku ongkos yg lebih selepas appraisal, namun di sudut hati aku, aku tau, dia tak mampu beri alasan kenapa harus aku dapat seperti apa yg dijanjikan utk aku kekal lama di FSA. FSA kini makin panaz dan huru hara bila berita bibir menyelimuti cafe FSA akan berita FSA yg kini beroperasi dalam keadaan defisit dan keadaan wang yang negatif. segalanya serba gagal. segalanya serba salah antara mahu utk kekal atau berambus dari bumi FSA yg kini bagai neraka dunia. dipanazkan lagi dgn berita retrenchement para staff di djaman ericsson dulu yg tak mau dan degil mahu menetap krja di FSA.
aku diamuk dgn isu yg berbalam2 seminggu dua ni. salah configuration, material dan design struktur. ini gara2 si cc yg sebetulnye sissy penuh kecoh di ruang pengeluaran. itu serba salah dan ini serba salah. barangkali sudah tiada kerja agaknya dia itu.
barangkali kalian semua agak kepelikkan membaca tata tulis aku ini. sejak ku mula giat kumpul
karya Bapak Pram (ada lima dipegangan aku kini) yg judul2 nya:
i. perburuan
ii. arus balik,
iii. bumi manusia,
iv, rumah kaca,
v. gulat di jakarta.
aku mula menjadi dominan ke arah gaya tata Bapak Pram itu. agak kesal aku bila rasa tidak dapat ketemu dgn nya tahun lepas, beberapa hari sebelum dia ke rahmatullah. dan agak kesal bila aku terbeli kuatrilogi yg tidak ikut sequence. Bumi manusia adalah jilid yg pertama dan arus balik adalah jilid ke empat. agak letih jugak mahu cari karya2 Bapak Pram ini di malaysia. Mujur aku ketemu di pekan buku, shah alam. Seorang bapak yg mmg jugak peminat bapak pram turut berusaha keras menghubungi semua kedai2 yg ada masih simpan stok buku2 bapak pram ini. hatiku begitu girang sambil swipe visa wave ku dgn nilai MYR120.xx....aku puas bagaikan paus....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...