nuffnang

Sunday, February 22, 2009

nikmat sementara

Nikmat Sementara
Sesuatu dalam hatiku berkata,Hari ini bagai untuk selamanya,Dan kau katakan ini semua sementara,Di hari esok ‘kan kembali ke asal-Nya,
Pada malam bintang berkelipan,Aku terpesona dengan keindahan,Yang Tuhan ciptakan,Gadis yang jelita, lelaki menawan,Oh indah dunia,Yang Tuhan ciptakan..
lagu/lirik : Statik http://www.myspace.com/statiksound
-aku suka lagu ni.tak tau sebab apa.sebab lagu nye kah, atau groupnya kah, atau something yg aku tertinggal 5 tahun dulu? semuanya kekal misteri.diusia sebegini, aku masih lagi mencari diri aku siapa.walau pernah satu kali dulu, aku tau siapa aku, and try to admit who am i, but the true fact is, that i coulldn't admit it, in the end-

Wednesday, February 18, 2009

Tip kuruskan badan tanpa ubat

" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lifiii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Sunday, February 15, 2009

sub concious

sedar tak sedar, dah tahun ke lima aku tulis blog. walaupun tak byk, tapi masih kira konsider blog. bagi aku, blogging byk timbulkan kenangan lama aku.kenangan 5 tahun dulu. klu nk aku pastikan, time aku memula blogging, aku citer pasal nk ada famili. tapi sumer nyer tu hampir jadik kenyataan. byk sgt dugaa dtg.
cuma satu jek yg masih aku kenangkan.sahabat blogger aku. aku takde sahabat blog yg aku rapat.aku cuma ada kak lady and magnus. aku sebenarnye tak berapa kenal sgt mamat ni, cuma dia kehilangan sahabat karib dia ninggal sebab apa tah. eversince then, dia dah kurang update blog dia, and just recently, blog dia terus kosong. mungkin dah kawin kot mamat tu. dia antara yg selalu dtg singgah blog aku dulu. skg tak ta la. mungkin dah tak dtg lagi agaknye. bila aku selak2 balik blog lama2, byk sgt kenangan aku time kat flextronics dulu. rasa rindu sgt kat geng2 lama.esp walid, aliff, azaha, ong, and byk lagi. aku takde niat nk buat blog ni panjang. kekadang tu kesibukkan masa buat kita leka dgn org yg kita sayang dan disayangi. aku merujuk kepada famili aku. esp parent aku. diorang dah tua. ta selamanye diorang akan sihat dan hidup.
tatkala ni patut aku dah siap2 mandi nk bersiap utk solat. tapi aku malas. aku duduk tepi tingkap, dgn notebook aku kat riba, buat blog yg nostalgic ni. aku harap blog utk hari ni dapat aku selak balik di masa hadapan.
pada erin, aku harap ko berbahagia di samping suami mu yg tersayang. walaupun kita penah ada sejarah, walaupun kejap, tak bermakna sejarah tu dilupakan. aku dapat tau dia dah kawin, dari member yg aku yg penah dok sekampung dgn dia kat labu sendayan. mid last year dia kawin. dgn sapa tak plak aku tau.n mmg aku tak nak amik tau sebab dah jadik sejarah.
skang ni, biarla aku ikut arus. yg mana dtg, aku terima. yg mana sanggup terima, n aku terima.
dah azan maghrib.
satu lagi hari yg perlu aku tempuh. walau aku sebenarnye cuba tuk menidakkkan yg esok adalah hari isnin. hari yg perlu aku hadapi lebih byk cabaran.cabaran kerja.cabaran hubungan antara manusia dan cabaran hubungan aku dan Allah. aku cuba utk jadi lebih bersyukur. lebih berterima kasih kepada manusia2 yg pernah membantu aku. yg pernah concern pasal aku. yg pernah menyayangi aku.
bila ending azan maghrib, tak lain, hanya lah kenangan aku d bukit jelutong. di elaise 2.kat situ la tempat aku cuba utk memahami diri aku sebenar. cuba utk memahami ke mana arah tuju hidup aku
selama aku keje kat flextronics,byk sgt bende yg aku belajar. esp dari kawan2 aku yg aku sayang. kat situ la aku mula sedar yg aku perlu berubah hidup,walau aku pernah gagal dlm hidup.kat situ ramai org2 kita yg berjaya. klu diorang berjaya, kenapa tidak pada aku. sumer nye bukan pada nasib, tapi pada usaha serta sikap utk berubah jadik maju dan berjaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...