nuffnang

Friday, April 17, 2009

the swinging bowl

tah mana punyer mangkuk hayun curik okok aku, tensen dowh. sure si pendek tu yg curik. dah la dari pagi ke ptg aku dok pikir pasal okok. saja jek aku tinggalkan supaya ilang ketagih aku yg dah makin menjadi jadi2an nih. riso plak. takut terketagih, satu hal lak nanti.
pepehal ari ni gi keje konsep santai. cotton shirt blue black and jeans kodroi coklat aku.bukan takat pakaian jek yg santai, dah nama jemaat, mesti la santai kan. pala otak pun santai. gi opis bukak internet, cek email yahoo dulu, pas tu baru cek email proton.leh camtu. since aku akan detached tak lama lagi, dtg lak email2 dari neraka tanya pasal camner nk terminate PCR PCO.as usual, berlandas hukum "ignorance is bliss", malas nk cari gado2 (sejenis makanan jowo' totok), nanti bertambah hormon cortisol, jadik gemox mcm babikk.ada la gak yg tg singgah bagaikan langau tanya ituini. malas nk layan. dok kat meja lain, layan hakaq2 kat situ lagi best. tghari, Ms E ajak kuar gi uitm, menuju puncak. sesambil dia edarkan kad kawen dia kat lecturer2 pompuan, so that lecturer2pompuan tu lh edarkan kepada sumer lecturer2 lelaki kat uitm, menuju puncak tu,akugi solt jemaat kat kolej sana. kami bertiga, bersama Kak Z, gi jenjalan kat SACC. aku ikut jek, walau pada mul nye aku agak clueless. rupanya beg kak Z yg putus. patut la sampai ke SACC sana.
balik opis, mcm biasa,sambung buat assignment dai neraka aku yg dah berkapuk di telan dek usang tika aku khayal dgn 'dunia' tatkala lama dahulu. bak kata pepatung, aku yg terkandas di zaman hedonis, seketika, tersetak dlm lenaku lalu terhantuk di bucu meja.dah la terleka, terluka lak tu angkara anasir2 buttho serta tanpa satu tetes narsisme pun tika itu.settle jek printing aku yg terkahir, aku mula mencari idea liar utk berborak dgn hakaq2 kat situ, walau aku tau, ini adalah jumaat terakhirku di Proton. byk lagi bende yg belum aku teroka dlmkomuniti proton ni. mcm Mr I cakap, kena bukak sayap, kasi luas lu punya radar. asrghh.....tepat 530, tanpa teragak2,aku balik.terzerembak dgn Ms S ngan Ms M. join kawanan diorang ke keta. sebab yg lain masih dibuai beban kije yg menggunung kat opis time jemaatyg patut diorang saksi kan kebebasan mutlak nanti.
tah kenapa, Kak Y mula berbicara tentang tangis hati mahu kembali di proton. bagiku, aku admit, yg aku akan tetap rindu kan proton bagai punggok rindu kan bulan terang keju biru.

di kala aku mc

di kala aku mc ari ni (2 1/2 hari berturut), tak lain, ada jek makhluk yg mahu minta buah pemikiran dari benak yg pacal lagi hina deena malaysian idol nih.
pertemuan pertama, dgn Mr A, tanya pasal options:
a. bukak restoren,
b. bukak gerai kecik
pakai vss fund dia tu.in my opiniated opinion, better go for option b. coz kita takleh nk pandang enteng gerai2 kecik ni.berdasarkan sessi forum QnA session (hakaq2 and habang2 ni sajer je cc kat aku.nk suh aku jadik kaki bakar le tu) hatta gerai nasik lemak skali pun would possibly earn a heafty damn like hell money in average like 6k (malaysian ringgit) gross profit (tak termasuk cukai serta bayaran perlindungan geng2 gengster paradise) per month. utk option a. tu, dia kata ada sorang member ajak dia jadik shareholder utk restoren kat area2 subang. ok mmg, but my major concern right now is the ROI (return of investment).does it really can be retain within the solemn period like Mr A would ever able to bare all the risk (which is bigger). and another question, does it really make any cents (sense) to withdraw all of his vss fund for that restaurant? (big question mark, with the bolded dot) alas, he would consider to have istikharah pray in order to get hidayat from The Almighty plus the cost benefit analysis that has already been carried out (time 16oo hrs, venue Qaseh:air tgn ibu)
pertemuan kedua dgn Mrs H:
presenting the quotation and proposal for my life insurance plan. life is like a box of chocolate,u'll never know wot u will get.i said, probably save it later untill my marriage. I plan to have family plan. unfortunaely, they dun really cater for group insurance, unless u r attached with some company. my girl would never evr spend it for insurance, except for her company where she works now (soon when we will get married, shall it be duo medical insurance then, cross our toes then) deep tots to get both of us with the same quotation. I believe my gurl shall have lower premium since she is still late 25th this coming july. planto pay one whole lumpsum. or 50-50.really have a deeptots on our brighter future. plan for our children education, considered done when a so call SI being publish to my agent cum rakan mendaki dulu kat uitm thru public mutual to extract some amount of money from EPF. by the we are getting older and older, ptptn is not in our list to get the best education fund for them. we both not coming from a wealthy rich family, but as we both understand to undergo the embargo for our future.
thanx to Mrs H for her advise. (time 1700 hrs, venue secret recipe SACC, having carrot slice)

Wednesday, April 15, 2009

makin hari makin ilang

apa yg aku tersedar dari perasaan bawah sedar aku, makin ari, aku makin jauh dari dunia luar. klu dulu, aku ada access ke astro dan internet. tapi sg, sumer nye dah hampir pupus dari hidup aku. bukan sebab aku takde bende2 tu, tapi mmg aku dah tak terguna. aku rindu kan kehidupan aku dulu.bebas. tanpa batas masa kerje. tanpa batas komunikasi dgn sapa2 pun. sejak aku kembali ke bidang pekerjaan, tiada lagi erti bebas. kendatipun, aku tetap bebas. dalam erti kata lain,aku bebas berkomunikasi, tapi dgn cara yg berbeza. amat berbeda sekali.

Sunday, April 12, 2009

gabai n umbai

sabtu, april 11, 2009

kul 7 aku dah tercatuk kat depan umah Ms E, amik dia ngan barang2 bbq, tuju ke umah Ms S kat bukit rimau.kul 8, sampai ke umah Mr K and Mr R. upload brg ke keta Mr K, berlima tuju ke umah Mr B.Sampai kajang, Mr B dgn Ms Ef.
perjalanan berjarak jangkamasa mcm tgk movie titanic, sampai sg gabai, park keta. kena MRY1 per head.
angkut barang naik ke lata mana tah. cari port yg ke seberang sungai. setting up fire. tiga org kena setting up fire. huhuhuh....
panggang peha and kepak ayam. last but not least, lamb ribs. sesambil panggang, gi kat air terjun yg tak jauh dari tempat kitorang. best giler sebab ada mcm spa mengurut ala hydrology. baring kat tempat air terjun tu jatuh. ada plak segerombolan bebudak tgh sliding kat bawah. kami bertujuh sekor2 buat aksi stunt. adrenaline yg amat. memula takut2, pas tu addictive. memula sekor2. pas tu in group. mcm2 formation. satu lie, dua line (roller coaster la konon) and paling best, sliding meniarap. Mr B yg paling berani. 2nd, aku la kot. heh he heh .ada gak yg takut air. walaupun berlagak macho, obviously, Mr K takut sliding meniarap.hohohoho..

packing up. kemas tempat tu bila jarum jam tunjuk nombor 2. mendung. next destintion, ke Umbai melaka. lepas dah puas race kat hiway (bawak keta mcm pelesit 180 kmj), sampai melaka, terus gi umah aku kat tengkera. mak aku dah siap2 kuih and sandwich. habis solat asar sumer, terus siap ke medan perang (perang makan). medan ikan bakar umbai. sampai sana dalm kul 7 gitu. sempena makan2 kat umbai tu, mmg berbaur sedey and happy. happy sebab birthday Mr K and pernikahan Ms E and Mr R. sedey sebab farewell aku dari proton ke PTD. kebetulan Mr B pun PTD, so, ada la gak geng ..
selesai meratah ikan bakar, sotong goreng tepung, sup cendawan (mcm nk jam perut ni sebab bbq tadi pun tak habis lagi senak), terus ke jonker walk. jenjalan kat sana, terzerembak dgn Permaisuri Agong. Sweet sgt dia tu. Ms E lambai tgn kat dia, pas tu ada pengikut dia terperasan, terus gi tau kat Permaisuri Agong, Dia toleh terus lambai kat kitorang.heh heh heh ..sweet sgt time tu. kitorang siap bergambar dgn Cayyen dia. tak dapat bergambar ngan dia, bergambar ngan Porcher Cayyen dia pun cukup la. uhuk.
kul 12 baru kitorang shopping2 kat situ. balik memasing sumer dah lunyai. penat giler. kul 1 baru sampai shah alam. tumpang kan Ms S ke umah dia kat bukit rimau. tp kitorang tak terus balik.lepak mamak jap sebab Ms S kata, dia takleh tdo sebab dah passed waktu tdo dia. kitoang borak sampai kul 3. mata aku pun dah tak tahan. aku stop kat belakang esso Kesas. kul 4 aku terjaga. terus balik puncak perdana. sampa jek, aku grab bag aku jek.
bgn pagi terus rasa pedih jek kat pinggang aku. overeating kot. pasal seafood agaknye. tak pun pasal air tembikai yg aku minum time lepak ngan Ms S kot.

ahad aku bantai tdo sebab penat giler. badan aku ok lagi. tak sengal2.
wutever it is, that is the sweetest moment ever. i would love to thank to all my friends esp to Ms E and Ms S. for me, friends will be forever. aku sanggup putus cinta dari aku putus kawan. i will never forget them.

Friday, April 10, 2009

kena stay back

huhuhu

kena stay back. kena explode PCR PCO data utk model waja, neo, persona, exora ngan saga blm

sedey sebab tak dapat gi pasar malam TTDI jaya nk beli ayam togel. ayam togel pasar malam sec 6, daging dia busuk. tak lalu nk makan dah ayam togel situ.

skg aku kat opis, tgh tunggu cut off time 630 utk explode sumer PCR PCO puaka tu.sure kena stay paling awal kul 9 mlm punyer ni....adesss...

Thursday, April 09, 2009

i need meat!!!!

i need meat....
finally i managed to get ramly beef nugget to fulfill my dark chocolate purpose (reminds me on someone that i used to love.try to fertilize it, but it wont)...
sneaked out to putrajaya. to send my wutever form for my PTD preps.wutta hectic weeks. before i berhambus, En I grab me from the back asking for his dept. the overal pcr pco report. gosh.... damn.
at least, alhamdulillah, all settled.
sneaked in to the office. had to settle all my bad debt to En I. En C was so noisy like hell untill i heard Ms R whispering something, the sign of wisdom, had spoken.....
i just keep on quiet n get this done (even though no that thorough enough)

Wednesday, April 08, 2009

smart smut

smart smut....

'someone's next destination....


air




air,
satu nikmat takjub tuhan,
makhluk tanpa jiwa,
satu dalam saribu molekul,
tanpa wajah dan hujah,

air,
getus rasa dalam satu warna,
tanpa legap,
cahaya tembusi cahaya,
lahir dari cahaya atas cahaya,
adalah kehidupan.

air,
tanpa jasad yg kendong roh,
dalamnya ada roh,
perlukah ia menjerit dari dalam roh,
untuk garap tinta akal makhluk?
negatif sama skali.

air,
lahirnya satu jasad dan roh dariNya.

di kala sangka kala terkala

dikala ni, aku refuse utk meletakkan diri aku dlm kelompok org2 yg arrogant walau pun aku tau, ada jek org yg akan mengklasifikasi kan aku dalam kelompok tu secara lahiriah. walau apa pun, yg penting, aku pasrah dgn keadaan yg tercetus di sebalik nadir kuasa Illahi. mcm yg aku citer kat n3-n3 yg lepas, semua patut aku letakkan di pundak puncak getir hidup aku yg sentiasa ada challenge yg berkepelbagaian ini. tak perlu aku hurai kan kegetiran yg bakal melanda dan dilandai. aku melanda getir utk tiap cabaran yg aku terima sebagai medan titik pertemuan paksi kuasa2 jahat serta yg suci. segalanya umpama yin dan yang, yang sentiasa berbalah, bergetar ikut arus arah yg berlawanan, walau ada yg terpaksa go with the currrent instead go against the current. bagi aku, wut have i learnt from sifurina aku time EMBA dulu, Prof Madya Hajah Noormala Amir..

Tuesday, April 07, 2009

18:16 wut does it really mean?

al-Quran 18:16. "Maka apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah, melainkan Allah, carilah tempat perlindungan di dalam gua, dan Pemelihara kamu akan membukakan untuk kamu pengasihan-Nya, dan Dia menyediakan kamu dengan suatu yang mudah daripada urusan kamu."

Matthew 18:16 (New International Version)

But if he will not listen, take one or two others along, so that 'every matter may be established by the testimony of two or three witnesses.

follow the yellow brick road (to the land of Gov)

lepas aku letak surat tender, time aku gi HR, sumer jadik sugul.Bukan sugul sebab ada shrek atau Ogre yg lalu kacau aku, tapi sugul nk tinggal kan kengkawan tersayang. diorang senyap2 plan nk buat faewell party utk aku kat hotel. hotel uitm jek.aku cakap kat akak2 kat situ, tak yah la buat besar2.cukup sekadar brgambar ramai2, dah cukup bagus. walaupun tak lama, gitu besar penghargaan diorang kat aku. bagi aku, ni adalah sekumpulan rakan sepejabat yg au kira ada jek lebih dari 10 org time bekpes sama2. mcm kenduri lak. sure ku miss dgr lwk pag diorang pas ni. aku nk make sure, every moment is not missed.

takkan aku lupa sumr kenangan ngan diorang sumer kat proton.

my name written in .....

my name written in jewish : ראסדי ראזאק

Monday, April 06, 2009

movie buff on the weekend (lepas dendam kat HBO, Cinemax)

mmg gila babi cuapktgk citer ni (sambil peluk bantal)


best giler movie ni. tak sabar nk tgk cloverfield 2











Friday, April 03, 2009

hari sabtu yg ceriang

esok hari sabtu.ada kelas. satu hari suntuk.kelas teakhir aku utk sem ni sebelum final exam lagi dua minggu. tetiba aku rasa happy.happy sebab rasa bebas. bebas dari penjajahan minda. aku bebas buat asgmnt.bebas lepak tgk bola malam tu. bebas gi merayau kat kota damansara ngan member2 kat uptown kota damansara.yg bestnyer, kitorang bebudak opis plan nk buat bachelor party. bila n kat mana, tak decide lagi. ada yg plan bbq kat sungai, ada yg nk gi ikan bakar kat kg aku, gi karaoke et cetera.sumernyer still dalam fasa ribut otak. aku prefer bbq kat sungai sebab aku antu sungai. dah lama tak turun ke sungai. last time kat klang gate (dah tutup tempat tu atas sebab2 yg horror utk didgri) tgk la camner next monday ni. klu jadik, nmpk gaya nye, aku la yg jadik kaki bakar.bila lagi nk spent ngan geng2 aku.pas ni mungkin dah takde peluang lagi dah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...