nuffnang

Thursday, August 27, 2009

ketua

tragedi perah bermula bila pala otak aku rasa berat dgn mcm2. tanggungjawab sebagai seorang ketua.byk yg perlu aku ertikan istilah perkataan ketua tu.sama ada ketua yg mengetuai,atau ketua yg tua atau ketuat. risau..
ketua kepada dua unit organisasi.
ketua kepada adik beradik
ketua kepada bakal keluarga
ketua kepada diri sendiri yg paling berat.

Friday, August 07, 2009

menuai padi


video
ptg semalam, anak buah aku ajak naik jentera mesin padi kat Parit 8 1/2, bagan terap, sabak bernam. memula mmg takut sebab depan aku tu bebetul letak nye mesin ala2 cukup rambut, tapi skala yg besar. pas tu dh seronok lak sebab tgk hasil padi dituai utk kali yg pertamanye dalam hidup aku. wlaupun ptg tu aku ada appointment lain, tapi aku kensel kan sumer nye sebab ni peluan yg susah aku nk grab. so,aku pilih utk gi tuai padi pakai mesin.

klu org dolu2 tu takde mesin, agaknye camner la yer. sure payah yg amat. tapi bersyukur la kepada apa yg ada. aku difaham kan mesin tu dtgnye dari belanda, asalnye diorang mesin gandum, tapi setelah belanja sebyk 60k utk modifikasi shj, jadik lah mesin padi.muah3....

dari aspek teknikal, padi akan disusun dalm beberapa ikat dlm baris , then baru masuk btg padi ke gerigi utk dipotong. padi yg dah dipotong akan ditarik masuk utk diproses pemisahan dari lulur padi. then yg masuk dalam tangki padi hanya lah buah padi shj. agak2 dah penuh 1.5 tan, jentera akan ke cek poin utk download padi ke lori yg ada tepi bendang. gitu prosesnye sehingga bendang padi sekeping (3 ekar) hbis dituai. dijangka, satu benda leh dapat sampai 7-8 tan. patut la sapa2 yg ada bendang loaded2, leh bawak famili sumer gi haji n umrah. anak buah aku tu kata, leapas jual padi, nk belanja aku makan. segan lak aku. uhukkk



Thursday, August 06, 2009

Julai itu aku.....


time kepala otak aku semak, sesemak meja aku kat opis, terpikir nk upload gambar2 kat kamera fon aku. ada la few snap yg aku tangkap. esp time aku kat nstun, tg malim.
mmg seronok kat sana cuma tempat nyer terpencil yg amat. klu takde keta, jgn mimpi nk kuar enjoy kat pekan tg malim tu. sebelum check in, sempat aku singgah proton city kat tg malim sambil mengimbau sejrah silam time induction kat situ masa memula join proton dulu. rasa sayu jek hati sebab terpaksa tinggalkan proton.
sayu hati tinggalkan hakaq2 kat situ. antara bgnan yg canggih kat proton tu termasuk la bgnan utama proton yg klu ikut perancangan, proton akan 100% pindah ke tg malim. tp sebab byk yg protoest, productio terbagi dua. satu kat shah alam, satu lagi kat tg malim.

berlalunye minggu2 yg sudah, tugas tak terhenti, bila operasi ketuk pintu utk pembayar2 cukai tegar.bukan tgar, cuma ramai yg dh jual umah/tanah, tapi terlupa tukar hak milik. camtu lak tu yer?
pas tu, ada yg dh ninggal, anak2 tak kisah pasal rumah harta pusaka arwah, agak sebab takde harga sgt.tu pasal anak2 tak minat umah2 kat sabak tu. time gi cari umah tu, jumpa byk la pokok2 exotik.
antara nye terung yg mcm durian, tapi bila aku mintak kebenaran dari makcik yg tuan punya pokok berduri ala2 durian belanda tu, dia kata tu pokok herba. guna utk buang angin pasang.

kelmarin jenjalan cari pasal kat sekitar parit baru, nk gi makan ngan sepupu ngan poli sana. terjumpa satu sign board skola, yg terpapar, sek men munsyi. mcm famliar sgt2 skola munsyi ni, tapi di mana (2) ya?!
ps. tingat cikgu ali pitchay, jiran seberang padang umah aku kat tengkera.























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...