nuffnang

Thursday, November 26, 2009

balik kampung (glad to be back to normal life)

hr ni nk blik tengkera. pas tu nk gi gadek berendam.
hr ni bgn pagi, kepalaku pusing.ni sure pasal hangin dlm bdn.hangin satu badan.
hr ni nk bekpes kat kopitiam eton.teh tarik (hangin tu) best giler.nasik lepak best, telur separuh masak lagi la best.
insya Allah, jgn la royal blue aku buat hal lagi.
semalam reunion secara tak sengaja ngan bebudak flextronics. mana lagi klu tak kat restoren mamak MMZ yg tersohor di bumi bukit jelutong.
time reunion tu, ada org kena tikam,bukan tikam dada tapi bertikaman lidah sebab mamak blur. dibaginya ayam semalam,pas tu panas kan balik, tacap2 skit, pas tu bagi balik. mana tak ngamuk geng tu. moral of the story, jgn makan kedai mamak.nanti jumpa span, taik cincin n ayam semalam.
skg tgh dgr Gary Mcfarland with Antinio Carlos - Dreamer

Tuesday, November 24, 2009

semak

hari ni aku nk citer pasal semak. bukan semak buku tapi semak samun. hosmet aku penah citer, pasal semak antara org islam ngan semak org kristian di Sarawak. dia kata mgg lain antara dua agama sama puak ni. bukan niat aku utk buat perbandingan, tapi mmg jelas, klu dilihat dari luaran, rumah org kristian jauh lebey bersih klu nk dibandingkan dgn rumah org islam di sana. tak dapat dipastikan kenapa. adakah ajaran yg membuatkan satu2 bagnsa tu berubah atau statik? theocratically, sumer agama menjurus setiap umat dan pengikutnya menjadi pembersih dan bangsa pembersih. hatta, nomad di gurun sahara pun mmg tahu akan apa yg dijuruskan pada pemahaman ajaran memasing. cuma terdetik, berdasarkan pengalaman mendiri kan solat jamak qasar di beberapa surau yang pernah aku kunjungi bila bermusafir, kebanyakkan membenarkan kata2 hosmet aku. kecuali di beberapa petrol kiosk yang dan establish dan masjid2 besar di bandar2 besar. ada masjid dan qariah di beberapa masjid agak kurang memuaskan bila satu ketika aku nak gi solat jumaat, nk melunaskan hajat, tapi terpaksa aku cari masjid lain.masjid yang tadi, bertaburan n*****s di sana sini. pada pandangan aku, masjid merupakan wajah2 mindset penduduk di satu2 kawasan, kampung atau qariah itu sendiri. jelas juga, penganut satu2 ajaran. klu pembersih, maka bersih la agama tu. klu kotor, tak dapak den nk nolong eh.

Monday, November 16, 2009

fibroid

last weekend, gi spital pakar damansara, adik aku ada operation buang fibroid.agak ngeri, tapi alhamdulillah dia selamat. dia dapat cuti sebulan.

weekend bebaru ni aku just tunggu dan tunggu dan tunggu.

aku tunggu:
i. adik aku selamat operation,
ii. tunggu tile opis aku siap.malas nk pakai karpet.leceh nk jaga.
iii. tunggu claim mileage aku (tak sampai2)
iv. tunggu wang saguhati aku dari nuclear mesia sebab jadi participant ituk NICE2009.

tp, time NICE2009 tu ari, kebetulan mcm jejak kasih.terjumpa cikgu bio lama aku, cikgu Nirwana. Sempat dia bagi kata peransang utk jadik the Great Inventors...

hari ni ada bengkel KMK (kursus mutu kije) kat pekan sabak. voxan yg amat. aku tgh si fuckrool dok mancing kat depan.tersengguk2.

Wednesday, November 11, 2009

antu

apa yg saya faham dari aspek donya medica modern, bende2 unsur penampakan hantu jembalang serta polong ni sumer disebabkan penyakit mental (mental ilness) yg diperturunkan dari tok nenek moyang hinggalah ke oneng2. sebab ada berlaku ketidaknormalan (abnormaliti) sel2 pala hotak yg membolehkan org3 tertentu shj yg boleh nmpk antu. cth yg kita voley hamik, dari citer the beautiful mind. dia jadik pakar maths sebab ada kununnye imaginary friend, padahal citer tu berkisar tentang symptom2 skizo atau psichotic. menurut kajian sains medica, mmg di kalangan org melayu ada yg mempunyai pewarisan genetik yg mewariskan keabnormalan sel pala hotak ni sumer. tu pasal yg dok nmpk antu posong segala tu adalah hasil pewarisan genetik yg t'lah dikopipes dari tok nenek moyang ipau duai yg sesebelum ni. jadi, no such thing as ghost.akhir qalam, org melayu yg selalu dok penuh kan citer2 kat dlm mejelah mestika tu sumer mengalami mental illness atau disorder yg diwarisi dari nenek moyunk mereka.cara utk menghilangkan sel2 pala hotak camni adalah hasil didikan dari kecik.bak kata karam sinki pariah, anak2 ibarat kain putih. ibaratkan la kain putih tu sebagai minda diorang. klu anda2 sumer tgk dlm iklan enfagrow tuh, pembangunan minda kanak adalah bergantung kepada pemakanan serta fucktor luaq yg menransang pertumbuhan minda hanak2. jadik klu dah dari kecik,mak ayah dok baca mestika depan anak2 (mcm takde bacaan ilmiah lain spt Solusi dan Ilmuan) no wonder la kat bandar2 besar, atau setinggi mana org melayu (tak kira la berketurunan jawa totok, banjar masin mahupun menang kobau) belajau, musti la ada bende2 goib ni.

ps. penat round2 kat sabak bernam ni, tapi tak jumpa pown sekoq antu.hatta gi lubuk antu pun tak jumpa even oneng2 antu skalipun. hanya masyarakat sekeliling yg perangai mcm antu jembalang lubuk takir!!!

Saturday, November 07, 2009

kije hr satu

tah camner aku leh terajin nk update blog ni manjang. mungkin sebab aku rasa ni salah satu terapi jiwa utk aku rasanye. lg pun skg ni aku ada kat opis tgh siap kan banner ngan anak2 buah aku dua org. sebab banner tu patut dh gantung dari minggu lepas, tapi tak tau apa masalahnye, baru hr ni nk buat. mungkin sebab ops ketuk pintu tu ari kot yg membuatkan diorang tak berkesempatan nk siapkan banner tu. tapi yg harunye, adala sorang anak buah aku ni dok sebut pasal nk jimat kos. aku tak sure samada dia sebut tu tujuan nya utk menyatakan sesuatu g baik atau sesuatu yg menyusahkan. satu sebab banner tu kitorang recycle dari ops kutip yg lepas2. kedua, demi nk jimat nye pasal, printer kaunter rosak sebab nk print label utk ditampal kat info yg lama dulu. 3 , kitorang last2 pakai printer laser warna hitam kat atas ketas label. so, kitorang susun ikut aturan kat atas kanvas sebesar 4 x 14 kaki tu.

sabtu Nov 7

finally, aku dapat gak spend sabtu aku kat pekan berpuaka, sg besar, daerah sabak bernam. bukan apa, sajer malas nk drive balik ke shah alam mahupun ke melaka. dlm keadaan poket kering pun adalah salah satu faktor kenapa aku nk dok lepak kat pekan berpuakan alam ni. lagi satu nk spend for the whole weekend layan ps2 aku samapi berasap. tapi semalam baru jek kena ceramah tentang pemakanan yg berkhasiat dan sihat. ditambah ngan DO aku dok kempen pasal penjagaan kesihatan kat opis semalam. tp yg pelik nye, dalam masa separuh hari dok ceramah tentang pemakanan, tapi bekpes ,minum pagi ngan tghari nyer sekali,diorang hidang kan nasik ambeng. aku mmg tak layan and tak reti nk makan nasik ambeng ni. satu sebab rupanya yg tak presetable atau kurang menyelerakan. klu makan dalam talam mcm aku join tabligh dolu2, ok la gak, sebab lauk biasa jek. tapi klu dah dicampurkan dgn kicap. kuah, and tah apa tah lagi, tak selera aku. tetiba aku rasa mcm dlm citer fear factor n bizzarre food.

Tuesday, November 03, 2009

mesra

kekadang kita cuba untuk bermesra, especailly dgn kakitangan bawahan kita, tetapi jadik perkara yg sebaliknya apa bila taraf dan kedudukan memberi ruang perbezaan antara ketua dan pekerja. sebagai contoh, ketika di luar waktu pejabat, kemesraan antara ketua dgn anak buah, klu nk disamakan dgn kemesraan antara sesama pekerja sendiri akan menjadi hasil hubungan yg berlainan. tidak semestinye hubungan tu akan obvious walaupun layanan yg diberi kan adalah positif, tetapi awas, ada pekerja yg bersikap tak take for granted, atau dalam bahasa melayu nyer, pijak kepala. bukan aku nk condemn staff government, tetapi since masuk keje gomen ni, mmg keadaan camni berlaku pada kebykan staf kerajaan. sikap yg tak dinamik, suka berehat dari bekerja, tak leh keje lebey skit (tp nk plak buat overtime), etc. diorang ni mengalami keadaan di mana kurangnye ancaman dari pihak atasan atau akta pekerja yg masih rapuh.maksud aku, bukan akta pekerja yg membela pekerja yg dirasakan tidak bernasib baik, tapi system industrial relation yg diperaktikkan oleh kebykkan sektor swasta kurang diterima pakai. akibatnya, terhasillah satu komuniti pemalas, tak dinamik, tak membangun

Monday, November 02, 2009

hari hujan yg malas

dlm dua tiga menjak ni, aku selalu berperang dgn perasaan sugul agar menjadi perasaan yg positif. think positif as always. tapi bila kenangkan dalam masa terdekat ni aku akan menamatkan zaman bujang aku, selalu aku create balik situasi time aku memula keje dulu. tiap kali klu ada mtg kat SUK shah alam, lepas mtg, sure aku lalu balik jln kat depan flextronics. tingat time aku gayut ngan bestfren aku, si aja. hanya dia yg aku ada utk aku citer kan segala hubungan aku ngan pompuan2 yg aku kenal and kuar dating. dia selalu bg sokongan moral kat aku walau pun aku tau, pada permulaan perkenalan aku dgn dia sepatutnya menjadik sepasang kapel, tapi dia buat pengakuan yg dia dah pun berpunyer. cuma semenjak dua menjak ni, kami dah buat haluan masing2. tiada lagi seloroh dan lawak bodo dan lucah antara kitorang berdua. cuma dua tiga hari ni, aku byk call dia bertanya khabar. bila ajak kuar, dia bg alasan aku dah oun menjadi tunangan org. cuma sedey skit bila aku dgn dia dah takl eh happy2 mcm dulu lgi.walaupun dia pompuan, aku anggap dia mcm adik aku. cuma tinggal aku tak tujal atau sekeh kepala dia mcm yg aku buat kat adik aku selalu dolu2.

ptg ni, dgn keadaan yg agak lembap sebab hujan tak henti2 dari ptg td, aku hanya mampu tdo dan baring dan duduk n baring balik. plan nk balik sg besar ptg ni. tp rasa malas yg amat. jap td, hosmet aku tepon tanya bila aku nk balik. rindu le tu. sebab kat aku jek hosmet aku citer kan masalah kat tempat keje dia. dia tgh ada krisis dgn rakan sekerja dia. so, aku hanya menjadi listening post dia. kekadang aku leter kan dia sebab sikap keras kepala dia tuh.hohoho. tetiba notebook aku blackout sebab aku rentap wayar naik ke katil aku kuat sgt. thnx to google blogger for auto saving draft post aku ni. .

skg ni aku dok risu sgt pasal preparation perkahwinan aku tak lama lagi. duit tak cukup lagi. bukan skit, byk lagi. uhuk. mana la aku nk cekau duit ni. nk pinam personal loan, tambah hutang lagi. forex la dah slow sebab aku mmg masa amat terhad sgt2. sedey giler betul rasa nye. duit lak byk abis since aku masuk ptd ni. satu sebab aku selalu outstation (walau pun aku tau leh claim lebat2) but then ada bende yg aku takleh elak skg ni iaitu makan. aku amat merindui time zaman2 aku makan secara moderate iaitu makan salad, spageti, ayam panggang. payah sgt time tu klu aku nk makan nasik. klu makan pun skali seminggu. mmg time tu berat badan aku maintain antara 62 - 65kg paling berat.tp skg, since aku dok kat hujung pernu sana, aku selalu makan nasik. so berat badan aku tak lari dari 68-70kg.argh stress gilerr....camner nk amik gambar kawin ni klu aku dlm keadaan tembam n comel manjang nih?!?!?!
jadik, aku mengabil langkah drastik, membeli supplement Lecithin dan air ECPI utk detox watever toxin yg ada kat dalam badan aku ni supaya montoque kembali seperti dlm keadaan asal. tapi perlu diingat, time dolu2, aku selalu gi swimming kat bawah kondo tempat aku tinggal dulu. kat sg besar tu hanya ada parit shj. kuala selangor mmg takde swimming pool. teluk intan pun camtu gak. aku tak sure kat mana ada swimming pool awam. oleh yg demikian, aku menuju ke pasaraya billion (tu jek 'midvalley' yg paling besar ada kat sg besar) sambar tali skipping utk aku skipping lepas balik keje. tapi keadaan yg memaksa aku utk layan PS2, sebab dah terllu addictive ngan PS2. ada gak hosmet aku ajak gi main badminton, tp aku lak takde raket and dia lak takde reket lebey.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...