nuffnang

Thursday, March 31, 2011

sabut kepala

sajer jer aku letak title sabut kepala semuga korang kata aku tersilap tulis sepatutnya sabut kelapa kan.... mmg kepala aku tgh sabut kepala. satu sebab serabut mcm sabut kelapa.

kenapa...............?
i. independent study dok kat takat research proposal lg. stress yg amat2 bila dpt komen yg panjang berjela. bila nk abih ni......ya Allah...

ii. keta rosak.....keta2 perodua tak pakai gasket. tukar terus kepala camshaft. ada ke plak camtu....? uhuk. tambah best lagi, bateri kong. rasa mcm nk bakar jek sabut kelapa.....

iii. balik kg (exclusive case di mana bukan jadik sabut kepala)

iv. memorex bagai nk rak recently. memorex tu umpama memotong gotah sokorap.

v. gi gym, berat badan jadik yoyo effect. turun naik 0.5 kg. berat baby Irfan aku sure naik ke 4.5 kg skg. meaning tak yah buat weight training dh skg.

Friday, March 25, 2011

big apple

hari ni balik kampung. kena balik kg setiap weekend. sebab wife tgh berpantang kat kampung bersama baby. masa utk sabotage wife aku. sabotage tu bukan hantar bom atau letak ranjau berduri, tapi aku belikan big apple utk dia. tu birthday dia tak sempat nk beli apa2. hari ni beli big apple 12 bijik. suh dia makan.. hehehe yg pasti aku rindu wife aku. aku rindu baby aku.... nk bagi big apple alien ...

Thursday, March 24, 2011

citer2 p ramlee

cter2 p ramlee byk yg kelakar. tapi dalam kelakar-kelakar tu ada msg yg tersirat. mungkin kita tak terpikier sebab dok gelak tak hengat mcm syaithon nirrojim. klu selidik2 balik, ada unsur2 yg mungkin kita tak tau asala usul nyer. dlm observation yg aku buat:
i. byk filem p ramlee guna lagu latar klezmer.

klu ilut wiki: Klezmer (כליזמר Yiddish, כליזמר pl, כליזמרים, dari Ibrani כלי זמר - kapal muzik) adalah tradisi muzik Ashkenazic orang Yahudi Eropah Timur. Dimainkan oleh musisi profesional disebut klezmorim, genre sebahagian besar terdiri daripada lagu tarian dan potongan paparan instrumental untuk perkahwinan dan perayaan lain. Walaupun genre mempunyai asal-usul di Eropah Timur, bentuk tertentu yang sekarang dikenali sebagai Klezmer dikembangkan di Amerika Syarikat di persekitaran pendatang Yahudi yang berbahasa Yiddish yang tiba antara 1880 dan 1924.

Berbanding dengan sebahagian besar yang lain gaya muzik rakyat Eropah, sangat sedikit yang diketahui tentang sejarah muzik Klezmer, dan banyak dari apa yang dikatakan tentang itu harus dilihat sebagai dugaan.cuba dgr lagu-lagu background dlm filem2 ala arab p ramli. cth, ali baba dgn bujang lapok.

ii. dlm laxmana Do Re Mi, byk guna perkataan kesat. sampai anak2 kecik yg tgk dh pandai guna perkataan2 yg tak sepatutnyer kuar dr molot diorang. bayang kan tetiba budak kecik umur 4 tahun cakap 'pergi mampoz' kat korang. maunyer hayun pelempang satu. kang tak pasal2 masuk 360....

iii. masa tu, mungkin anwar ibrahim tak lahir lagi utk asaskan ABIM. so, byk org gi ngaji rambut tersembol kuar mcm balung ayam n pakai kebaya ketaaat2 sambil menampakkan longkang di dada. klu di translate kan pada dzaman skg adalah mcm ana rafali pakai baju kurung tak katup butang ngan zizi izztte.....

iv. org mudah addictive ngan pilem p ramlee ni sebab lawak. ada ke diorang addictive sebab cter2 yg serius. naper tv tak ulang tayang cter2 ibu mertuaku ker, atau anakku sazali ker, atau hang tuah yg byk menang award.

ps. bukan nk kutuk filem p ramlee, tapi amik iktibar supaya berhati2.

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” ( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

Tuesday, March 22, 2011

minyak atar, kupiah dan tasbih

ada 6 minit lg sebelum hearing. agak2 ada masa ni nk celoteh skit pasal minyak atar. klu dolu2 selalu klu org baru balik mekah, musti ada bawak cenderahati. paling cikai pun minya atar, kupiah atau tasbih. antara brg2 ni, yg selalu aku pakai adalah kopiah (time tu rambut panjang ala hippies.so, nk solat kena manage rambut bebetul supaya tak tutup dahi.

minyak atar selalu guna time nk gi solat. tu pun solat jumaat. kekadang nk jimat perfume mahal yg ada, pakai jek minyak atar. pas tu mesti ada mulut2 neraka yg berkata ' ni mana punya tabligh yg pakai minyak atar nih...." gitu la sentimen stigma masyarakat umum yg selalu menadang serong benda2 yg baik tu dari aspek positif.

klu tasbih tu aku tgk selalu dlm keta org2 tertentu, majoriti akan letak kat cermin keta (berani cakap camtu sebab keta aku tak gantung apa2. semak samun. byk sgt blind spot) tak pun hanya lah sekadar hiasan semata2.

gambar hiasan. tiada k
ena mengena ngan
sang tukang karut
selalu terdgr org dok pesan kirim air zam2. kekadang air zam2 tu dok kumpul tak minum pun. sampai la occassion2  tertentu seperti time nk peksa, time sakit mahupun time org tanya ada ke tak air zam2. kan best klu diamalkan pakai kopiah ke solat jemaah (selalu solat jemaah dgn ister), pakai minyak atar ke mana2 dan minum air zam2 yg dingin ketika memulakan hari2 kita.

ps. skg byk dah jual minyak atar bau burberry, daviddof dan calvin klein. kupiah pun dah mcm2 design. ingat nk design kupiah bentuk kubah mesejid lah. tasbih skg org selalu guna counter.


Monday, March 21, 2011

sabun Popinjay

sure korunk2 sumer penah dgr sabun popinjay. bagi yg tak penah dgr hatta pakai sabun ni, bau nye mcm biasa sungguh menyegar kan (ada ke sabun yg berbau seperti neraka???) warna dia hijau. murah dan mudah utk dibawa ke mana2. cuma skg ni klu nk cari sabun tu biasa kat kedai ubat cina. jgn harap nk jumpa kat tesco, giant atau pun mydin.

yg bestnya pasal sabun ni, dulu time kecik2, ayah aku selalu beli sabun ni. klu tak sabun ni, sabun zest yg berbau lemon tu. cuma ada sekali tu, org pertikai kan kehalalan wa toyibbah sabun zest tu sebab ada lemak kebau pendek.

time tu ubat gigi darlie dgn jenama darkie lagik. so, lepas berlakunya beberapa siri polemik yg mengatakan jenama darkie tu terlalu menyentuh isu aparteid mahupun Interlok, jadik, ditukarnya ke darlie.

bila pikir2 balik, last time pakai sabun buku, sabun yg ada jual kat kaunter minyak wangi tu. brand apa tah aku tak ingat.byk pakai shower gel ngan cream skg. tak tau kerberkesanan sabun2 shower ni compare ngan sabun buku. penah terpakai sabun cap kapak.bisa betul. memang bebetul mem'bersih'kan badan.

antara sabun2 yg still survive adalah sabun dettol dan sabun sabun aesop (tu pun setelah di 'makeover' kan.













ps. dulu penah kena rotan sebab buat ukiran guna sabun. skolah dolu2 cikgu tak suka pakai bahan2 terbuang. selalu suh student beli bende2 yg baru.

Thursday, March 10, 2011

traffic jam yang durjana

skg ni, jln tgh basah. basah hujan. sure byk ambulan tgh stand by sebab sure byk accident atas jln. bila dah eksiden sure traffic jam. yg buat traffic jam tu kekadang bukan disebabkan eksden tu sendiri tapi para pemandu yg panjang leher nk tgk apa yg dah terjadik. nk sgt tgk samada ada org kepala terkulai ke, tgn tercampak tgh jalan ke, atau badan separa manusia separa kereta ke....

tu sumer boleh lah dikategorikan sebagai pemangkin kepada betapa kurang effisien nye sistem traffic kat mesia. kekadang agak sakit hati and panas satu badan bila tgh2 tunggu nk lepas dari traffic jam tu, tetiba satu bijik eksiden pun tadak.

blur kejap.... pehal lak tetiba td traffic jam?!?! wtf?!!?@!?

especially bila time gi kije, musti jam kat exit tol subang jaya. tak tau pesal tah.

ghopenyer, pada observation aku, byk keta yg crossing nk subang n nk masuk higway dari tol damansara. ada la dua tiga ekor mangkuk hayun (termasuk tuan yg empunya diri yg sedang mengarang n3 ni) yg tetiba berhenti tetgh highway yg mengakibat halting chain reaction berlaku.

nahtijah nya byk keta yg lepas2 keta yg membreak kat depan tu pun ikut berhenti sampai lah takde kereta yg break lg. then, baru la keadaan reda daripada kedurjanaan halting chain reaction itu....

Wednesday, March 09, 2011

nasik lemak, teh tarik kaw, hazel nut cheese cake dan sebiji kurma

pagi ni sebelum gerak ke ofis, aku sempat menjamah dua tiga suap kek  hazel nut cheese yg staf aku bagi kelmarin. tak makan kang jadik tukun dalam fridge aku tu. still rasa lapar. samapi ofis awal jam 7.30. dalam keadaan yg separa terang, aku gi ketip waktu. klu dulu hanya touch kad ID aku tu dah cukup. ni nk kena ketip watever.sungguh retro kehidupan aku skg. lepas ketip, mcm biasa aku gi memana kedai di sekitar opis utk sarapan kali kedua. mana tak maintain jek berat aku 75kg klu tiap hari camni. aku pilih kedai deret kat belakang MPK baru. suasana dia tak lah seretro mana, tapi ada lah dua tiga jemput kedai yg bukak walau pun satu row ada lebey kuang sedozen lot kedai yg masih kosong. ada satu kedai hujung tu bukak tapi mcm takde org. dan takde daya penarik aku pun tak tau dia jual apa sebenarnya. hanyalah beg2 plastik yg ada isik jajan. tapi sejak dua menjak ni, aku lebey tertumpun kepada kedai kelantan kat kg Jawa. kedai kelantan di kampung jawa? bunyik nya agak pelik tapi tu lah hakikat di mana peniaga2 kelantan ni boleh survive hatta kat ceruk mana skalipun. dgn menggunakan pekerja yg diimport dari patani, diorang ada some sort of law of attraction walaupun yg dah tua2.

pada mula nya kedai tu aku tgk biasa jek. tapi bila tgk ada gulai kawah yg diorang letak kat pintu masuk kedai tu, memang menarik perhatian aku utk masuk dan stay jadik pelanggan setia kedai tu walaupun hanyalah utk layan teh tarek kaw seteguk cuma. Kak R ada bagi tau aku kat situ mmg variety. mcm2 ada. mee celup ada. laksam ada. nasik dagang n kerabu tu sumer tak yah mention lebey2 la sebab tu dah memang compulsory memana kedai kelantan pun kecuali kedai kelantan kat subang bestari. tanya itu ini takde. takde segala2 nye. mana tak nye, pepagi buta  sabtu tu ari dah gi cari sarapan kat luar. org umah tak larat nk masak.

satu bende yg buat tertarik dgn kedai kelantan ni, sebab enviroment ala kampung dia. mmg dah nama kg jawa kan. sure la konsep jawa kelantan ada kat situ. yg pasti ramai org jawa makan kat kedai kelantan tu termasuk la Pak DO aku.

skg ni batuk2. dek angkara jerebu yg durjana.

semalam pun ramai lawyer yg kebatukan......

ramai bankers yg kepeningan.

walau apa pun, aku stay positif....

ps. sejak dah dengar ceramah motivasi Dr Azahar, byk yg aku belajar dari dia ...


Tuesday, March 08, 2011

pening pening lalat buah

tgh pening2 lalat buah skg. baru lepas kuar dari bilik inquiry. hari ni byk lak isu dari penggadai. nk plak penggadai yg berlagak nk mampoz. kekadang tu terpikir lah masalah2 penggadai yg byk elapse default dgn bakers. kita pun kekadang mempunyai masalah yang sama dgn penggadai. iaitu bayar hutang. sampai aku agak fobia nk buat hutang lagi dgn memana bank. klu nk ikut kan aku nk bayar cash, tapi apakan daya, klu aku bayar cash sederap, mau nye nanti kaki kaki penfitnah kat opis aku mula bersuara. biasa la komuniti melayu. PHD ... tapi tadi time inquiry, bangsa lain pun ada gak yg berkrisis dgn dgn sesama bangsa diorang sendiri. takat mana PHD diorang tu, tak dapat aku pastikan camner sebab takde ukuran yg boleh dibuat berdasarkan PHD ikut bangsa dan agama.

byk penggadai yg cuba utk defend diri memasing daripada rumah diorang dilelong. antara nya dgn pengeluaran EPF dan jual rumah yg sedia ada. itu antara option atau advise yg boleh aku bagi. EPF klu dah takde cash lansung, tapi jual klu nk surrender rumah tu dgn maruah. tapi depends on reserve value atau harga pasaran rumah semasa sebab takut reserve atau market price lebih rendah dari arrears yg ada. takut kena top up skit nanti even dah ada sales and purchase agreement....

hujan, demam dan kekenyangan

hari ni hari selasa. hujan...sugul.... suram dan muram. on the way dalam keta, dgr ceramah motivasi dari siapa aku tak brp pasti. tapi intipati ceramah motivasi tu mmg menggarap perhatian aku hingga time drive, aku tak terasa lama. mungkin bagi sesetgh org yg travelling atau commuting jarak jauh, dirasakan bende tu adalah perkara biasa. tapi bagi aku dari sungai buloh ke klang tu adalah satu perjalanan yg boleh dikatakan jauh. merentasi tiga daerah, gombak, petaling dan klang.
walau apa pun, dalam ceramah motivasi tu, ada diperkatakan tentang subconcious memory di mana apa sahaja yg difikirkan akan tersimpan samada secara temporary atau sementara. yg dibawa ke tengah adalah aspek negatif. jadik, penceramah kata, klu time tdo tu, kita fikir masalah yg kita dapat tu kesan nya negatif, maka ending dgn negatif. begitu jugak dgn lepas kita bgn tdo. cth, kita ada appoinment, tapi org yg dijanji lambat dtg. kita pun tergetus rasa panas dlm hati kenapa org tu lambat. itu klu dari aspek negatif. klu positif, kita fikir mungkin org tu ada hal lain. jadi masa menunggu kita tu diisi dgn perkara lain. contohnya baca buku ke, surfing pakai wifi ke atau apa2 yg berfaedah.dlm situasi aku, mmg time handle inquiry selalu nye mmg byk menunggu. so, aku bawak buku dan baca sambil minum kopi dari tumbler yg dato' DO bagi. disebabkan wifi hampeh (statement negatif tu) so aku gunalah masa yg terluang dgn membaca buku sambil minum atau baca Tafsir Quran digital yg aku simpan dalam henpon aku.

pagi ni hujan. tambah la rasa mcm baru lepas kebah dari selsema. jarang selsema sebelum ni. mungkin sebab diet aku yg berubah sejak bergelar suami. ada byk bende yg aku alah sebenarnya, tapi aku bedal jek. huhuhuhuhuhu....lepas balik dari umah mentua aku kat parit melana, terus makin teruk selsema aku. tak tau pesal. mungkin pasal habuk aku rasa. rasa nk demam. semalam wife aku sapukan minyak panas kat tapak kaki aku then pakai stokin. time tu aku dah lalok nk tdo sebab makan ubat selsema. aku doakan kesejahteraan buat isteri aku, di dunia dan di akhirat.....

ps. terngiang2 lagu for the rest of my life : maher zain...

Monday, March 07, 2011

rutin

baru aku perasan, rutin aku skg dah berubah. dulu, keje agak rutin, tapi skg dah berkurang skit rutin. sebab mmg confirm selasa rabu aku kena handle buat hearing. then jumaat handle auction. selalu aku terperasan jadik brader yg tukang lelong org kat 3 Abdul tu, tapi sebenarnya aku hanya lah spectator yg mengawal selia pergerakan serta performance para auctioneer.

isnin dgn khamis? hmmmm let me guess.....

sure ramai yg kata aku takde kije kan time?! tp hakikat nya time tu la byk paper paper work aku kena semak from A to Z. ada masanya aku agak senggang tanpa sebarang kije. mungkin time aku akan ke bilik bos, utk tanya pendapat dia. agak seronok kije style camni cuma selalu nye hati sakit bila ada kaki2 penfitnah merata dok canang fitnah pasal aku. semayang tonggang tonggek, tapi mulut mcm neraka bau longkang.....

ps.... tgh tingat kat wife skg ni tgh cuti nunggu nk deliver baby .....

Friday, March 04, 2011

Qarin

semalam sebelum tdo aku gtau wife aku pasal qarin. time tu baru lepas tgk cter penanggal kat astro ria. qarin ni akan diutus bagi setiap kelahiran manusia. dia ada malaikat qarin dan jin qarin. qarin klu ikut wikipedia indon

'Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk menunjuk kepada malaikat dan jin (golongan setan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan di dalam Al-Qur'an dan dikatakan bahwa Qarin itu mengikuti manusia sejak lahir hingga mengalami ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."

Menurut keyakinan umat Muslim bahwa, pada umumnya Jin Qarin ini bertugas mendorong dampingannya untuk berbuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan salat, berat ketika hendak membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa hadits dikatakan bahwa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.'

Al-Qur'an telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam surah Az Zukhruf

“ Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)

so, tgh2 usap baby dlm perut, doakan skali agar di kurang pengaruh jin qarin, dan dilebihkan malaikat qarin.

ps. ada manusia yg sanggup upah dan puja jin qarin org lain supaya jin qarin org tu jadik lebey jahat dan membawa mudarat kepada yg tuan punya qarin. hanya Iman kepada Allah yg mampu kekang pengaruh Jin Qarin tu.....

Tuesday, March 01, 2011

buku hijau

buku ijau tu sebenarnya buku yang aku dok bawak time aku buat hearing tiap selasa ngan rabu. time nk nk nuunggu lawyer, banker ngan borrower dtg, mengisi lah aku dgn membaca. mmg sajer jek beli buku tu hr kebetulan singgah kat MPH temankan org umah aku beli buku utk dia membaca time pantang nanti. aku lak beli buku yg non fiction. rasa2 mcm2 nk membaca 3 buku sebulan tapi aku ni jenis membaca time masa lapang jek. bukan membaca secara serius. membaca sebagai hobi atau kegiatan sampingan. klu nk ikutkan banyak jek buku yg aku nk baca, tapi apakan daya, terkadang byk sumber yg boleh aku dapat selain membaca. selain buku, wifi kat tepon aku selalu jadik main source utk aku membaca, dan juga surat khabar (walaupun aku memang tak suka baca paper sebab byk bahan serta unsur yg tak patut aku baca sebagai pembangunan minda) tapi ada satu jek bende yg aku minat, bca blog, tu pun time senggang gak. aku bukan la pembaca blog yg tegar sebab aku tak rasa membaca blog tu satu perbuatan yg sia2 sebab ada gak ilmu2 yg boleh dimanfaatkan daripada membaca blog2 rakan yg lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...