nuffnang

Wednesday, August 29, 2012

KHASIAT CUKA EPAL


"Cuka adalah kemudahan bagi seluruh manusia" Diriwayatkan Muslim "Allah meletakkan keberkat dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh hadrat Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja Nabi s.a.w suka kepada cuka. Jabir menceritakan:Suatu hari Rasulullah mengajak saya ke rumahnya.dihidangkan roti.baginda bertanya: 'Adakah apa-apa perasa?"sahabat menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah perasa yang baik. " hadrat Jabir berkata:Aku suka kepada cuka sejak aku mendengar daripada baginda s.a.w". hadrat Naf'a berkata:Aku pula menyukai cuka sejak aku dengar daripada Jabir." [hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, Nasa'i] apabila kita mengambil cuka epal, ia akan menghilangkan kelesuan badan. dan boleh dirasai perbezaannya dengan pantas dalam masa beberapa jam sahaja.juga anda boleh melakukan sendiri selepas minum cuka apple maka air kenciing anda akan lebih jernih. Anda juga boleh melakukan ujian menggunakan kertas litmus iaitu kertas yg digunakan untuk menguji tahap pH. bermakna sebelum minum cuka apple air kencing anda berais dan selepas minum cuka apple air kencing anda lebih berakali.Fungsi hati dlm badan kita adalah utk: Hati melarutkan bahan beracun yg terhasil didalam tubuh kitajadi kita perlu menjadi hati kita dengan baik utk hati kita.bekerja Daging,ikan,telur,minyak kelapa,hijau,cuka, dan makanan lain-lain yang berkhasiat bertindak seperti ubat utk hati. sebahagian ahli perubatan dari timur percaya bahawa tekanan perasaan atau dikenali sebagai stress adalah akibat daripada hati.cuka adalah detokfikasi utk bersihkan hati.dari dahulu lagi cuka dan madu telah digunakan dalam perubatan utk kesihatan manusia sejagat.cuka apple sgt berguna untuk melarutkan deposit kalsium yg menyakitkan dlm badan, utk sakit sendi sprti arthritis dan masalah lain-lain lagi...antara kelebihan cuka apple adalah :
1. Memecahkan lemak dalam badan
2. Melancarkan laluan darah
3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.
5. Melawaskan usus kecil dan besar
6. Bertindak sebagai: Anti alergi, Anti septik, Anti anemia, Anti ulcer
7. Menghilangkan masalah jerawat.
8. Menyahkan penyerapan dan pengumpulan lemak.
9. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu.
10. Menyingkir air yg berlebihan . (Pemparitan Limfatik)
11. Menguat dan melembabkan kulit dan menegangkannya.
12.Merawat selulit.
13. Membuang lemak yang berlebihan dibahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti bonggolan-bonggolan.
14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.
16. Mengandungi anti oksidan yg menjaga kesihatan jantung.
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis iaitu boron pada mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Mengawal berat badan ke paras ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Kembali Kepada Fitrah


Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum: Ayat 30).
Erti Kembali Kepada Fitrah
Kembali kepada akidah yang betul dan benar dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang datang dari Nabi s.a.w. Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah  dalam seluruh kegiatan hidup sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: "Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam".
Kembali kepada kehidupan menjaga suruhan-suruhanNya dan menjauhi larangan-laranganNya yang semuanya berupa batasan-batasan sesuai dengan fitrah kejadian asal dirinya.Kembali kepada sifat-sifat manusia yang bersih sesuai dengan fitrah asal bagi dirinya. Dengan kembali kepada sifat-sifat yang sesuai dengan fitrah itu maka manusia mencapai keselamatan hidupnya, kejayaan sebenarnya, kebahagiaan dan kepuasan serta makna hidupnya.
Yang berlawanan dengan itu adalah kebalikan daripada semuanya itu: kecelakaan, kegagagalan hakiki, penderitaan, rasa tidak puas, ketiadaan makna hidupnya.
Sifat-sifat Kembali Kepada Fitrah
Kembali kepada sifat-sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana suruhan Allah bermaksud "Sesungguhnya bagi kamu ada contoh yang sebaiknya pada Rasulullah ..." (Surah al-Ahzab: Ayat 21).
Iaitu mengenali dan menghayati sifat sidik - ertinya benar dalam niat, azam, perbuatan, janji, matlamat. Iaitu mengenali sifat amanah dalam semua perkara dan tidak melakukan pengkhianatan dalam semua perkara. (Dalam usuluddin amanah merujuk kepada sifat tidak melakukan dosa; dalam akhlak merujuk kepada sifat menjaga amanah dalam segala perkara: berhubungan dengan Tuhan, diri sendiri, orang lain, pekerjaan, tugas-tugas.)
Amanah perlu dikenali kedudukannya sebagai sifat yang mentakrifkan manusia sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat 72 Surah al-Ahzab yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami bentangkan  AMANAH kepada langit dan bumi dan bukit bukau, tetapi semuanya tidak mahu memikulnmya kerana takut kepadanya, walhal manusia memikulnya; ia zalim lagi jahil (bila ia mengkhianati amanah dalam hidupnya);
Bila amanah dilihat sebagai sifat yang mentakrifkan manusia maka pengkhianatannya merupakan sesuatu yang menjatuhkan darjah kemanusiaannya;
Dalam tafsir-tafsir "amanah" itu metrujuk kepada kewajipan-kewajipan dalam agama; seperti rukun Iman dan rukun Islam; kewajipan-kewajipan dalam akhlak dan muamalah; pergaulan; pekerjaan; Tabligh atau sifat menyampaikan maklumat yang betul dan benar serta berfaedah - ini perlu dilakukan dalam hubungan dengan diri sendiri, keluarga, jiran, termasuk rakan sejawat dan seterusnya. Tabligh boleh menjangkau persoalan dalam zaman teknologi maklumat. Ertinya maklumat hendaklah disampaikan kepada sasarannya, baik yang bersifat keagamaan atau yang bersifat bukan keagamaan.
Sifat fatanah atau kebijaksanaan dalam erti sifat memahami persoalan-persoalan yang dihadapi  dalam hendak mempertahankan kebenaran agama sehingga kebenarannya boleh dipertahankan dengan berkesan, sampai kepada perkara-perkara lain yang menjadi kewajipan manusia memahami dan menghayatinya.
Ertinya manusia Muslim mesti mempunyai "fatanah" dalam hubungan dengan ajaran untuk menjayakan kedudukannya sebagai "khalifah Tuhan di bumi dan hambaNya" dalam semua urusan hidupnya, termasuk ibadatnya, akhlaknya, etika kerjanya, tadbirannya, pengurusannya, demikian seterusnya.
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
(Surah Ar-Rum 30 : Ayat ke 30) 

Tuesday, August 14, 2012

Masjid-masjid di Israel


Masjid Jezzar Pasha

Masjid Al-Bahr



Masjid Hassan Bek


Masjid Mahmood




Masjid Mahmoudiya



Makam al-Nabi Sain




Masjid Putih (Nazareth)



Masjid Sidna Ali




Masjid Putih (Ramla)







Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah


Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah |  Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini. Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini. Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Monday, August 13, 2012

5 Fenomena Alam yang Menakjubkan

Fenomena alam merupakan salah satu kejadian yang amat jarang sekali berlaku. Adakalanya juga ia hanya berlaku sekali sepanjang umur hidup kita. Fenomena ini juga merupakan salah satu tanda kekuasaan Allah SWT yang tiada tandingannya. Terdapat beberapa fenomena alam di bawah ini untuk kita hayati. Terkecuali tentunya tiang cahaya dan migrasi kupu-kupu monarch yang memberi visual nan indah untuk disaksikan. Jom lihat gambar di bawah ini.

1. Migrasi kupu-kupu Monarch
Migrasi massal kupu-kupu Monarch (Danaus plexippus) terjadi saat musim dingin meliputi sebagian besar Amerika Utara menuju daerah selatan. Warna kupu-kupu oranye dan hitam terlihat indah ketika memenuhi langit biru.
2. Tiang Cahaya
Tiang cahaya terjadi saat cuaca sangat dingin ketika kristal es tergantung di atmosfer, maka fenomena alam ini terlihat di langit malam. Semakin tinggi kristal es, semakin tinggi pula tiang cahaya itu terlihat.
3. Maelstorm
Maelstorm adalah pusaran air yang sangat kuat di tengah laut. Pusaran air yang terjadi di Skotlandia dan dapat terdengar hingga bermil-mil jauhnya, walaupun nyatanya maelstorm bisa saja terjadi di mana pun.
4. Badai pasir
Badai pasir terjadi ketika angin kencang mengangkat partikel tanah dan pasir ke atmosfer sehingga membentuk badai. Setiap empat puluh juta tahun ton debu dibawa dari Sahara ke cekungan Amazon.
5. Pusaran api
Yang satu ini mengerikan, namun tetap terlihat indah. Iaitu pusaran api yang terjadi saat tornado. Pusaran api terjadi ketika panas dari api mendorong udara di atasnya sedemikian rupa untuk membentuk pusaran dengan udara dingin di luar. Jika pusaran ini memperoleh pusaran vertikal maka api akan terhisap ke atas membentuk pusaran api.
Pusaran api yang terjadi di Tokyo tahun 1923 membakar semua bangunan di sana yang kebanyakan terbuat dari kayu, sehingga memakan korban 38.000 orang hangus terbakar.

Friday, August 10, 2012

PATUTKAH SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN


Tahukah wahai kaum Adam kebaikan2 menemani isteri anda? Antaranya ialah :

1) Dapat meredakan hati isteri yang berdebar-debar

2) Dapat mengurangkan kesakitan isteri

3) Memberi keinsafan di hati suami

4) Lebih menghargai keluarga

5)Lebih menyayangi dan menghargai isteri.


Suami dapat membantu isteri dengan cara :

- memegang tangan isteri untuk mententeramkannya
- mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- mengelap muka isteri apabila berpeluh

Thursday, August 09, 2012

Makan Untuk Meningkatkan Metabolisma?


Setiap hari anda mengira kalori. Setiap hari juga anda menyimpan kalori. Kemudian anda berusaha membakar kalori seberapa banyak yang anda mampu. Tetapi adakah ianya berkesan? Jika anda seperti 67% wanita yang kurang berjaya untuk menurunkan berat badan secara berterusan, jawapannya adalah TIDAK. Ini disebabkan kerana anda mungkin tidak memahami apa itu kalori.
Sejak anda belajar mengenali kalori, anda telah diberitahu bahawa kalori ini adalah sama: samada anda makan 500 kalori kek atau 500 kalori lasagna, tubuh anda akan membakar atau menyimpan kalori secara purata bagi kedua-dua jenis makanan. Betul ke? Salah. Kajian sains menunjukkan bahawa apabila membincangkan tentang penurunan berat badan, kalori yang diambil tidak akan sama bagi setiap jenis makanan.
Sebenarnya kalori adalah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan yang diambil. Tenaga dari makanan ini akan dihasilkan semasa proses respirasi berlaku. Apabila zat makanan bertindakbalas dengan oksigen di dalam sel badan semasa proses respirasi, pada masa inilah nutrisi terhasil dan seterusnya tenaga akan dihasilkan. Jumlah kalori dalam setiap makanan adalah berbeza sama sekali.
Sesetengah zat pada makanan yang sukar diserap ke dalam badan akan ‘bekerja lebih’ untuk dicernakan. Oleh itu tubuh badan memerlukan lebih banyak kalori bagi penghasilan tenaga seterusnya meningkatkan metabolisme. Dalam satu kajian di Jepun mendapati wanita yang makan makanan seperti ini mempunyai bentuk badan yang ramping berbanding mereka yang hanya makan makanan lembut dan paling mudah untuk dicernakan. Fiber dan protein adalah antara contoh makanan yang sukar dicernakan.

Makanan Untuk Tingkatkan Metabolisma

Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan. Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.
  1. Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.
  2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
  3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
  4. Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.
Tubuh manusia akan menggunakan tenaga yang dihasilkan semasa proses respirasi sebanyak 20% untuk metabolisme otak, dan selebihnya adalah untuk BMR (basal metabolic rate) organ dan tisu dalam badan. Penukaran tenaga kepada tenaga fizikal (mekanikal) adalah bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil dan jenis penggunaan tenaga fizikal harian anda.
Oleh itu anda perlu memahami definisi sebenar tenaga makanan atau kalori ini supaya kalori yang anda ambil setiap hari tidak melebihi keperluan harian anda. Malah, untuk mengurangkan berat badan, kalori defisit adalah salah satu cara yang paling berkesan.

Wednesday, August 08, 2012

Makanan Untuk Kurus


Antara sebab kita kurus adalah kerana pencernaan yang betul dan cepat yang bertukar menjadi tenaga untuk digunakan setiap hari.Metabolisma bermakna proses fisikal dan kimia pada tubuh badan yang menukar nutrien/makanan kepada tenaga seperti bernafas, peredaran darah, suhu badan, ketegangan otot, pencernaan makanan dan nutrien, pengeluaran sisa dari tubuh badan dan fungsi otak dan saraf.Ketahuilah bahawa semakin meningkat umur seseorang itu, semakin menurunnya tahap metabolisma. Ini disebabkan antaranya oleh faktor umur itu sendiri, makanan yang dimakan dan gaya hidup yang tidak banyak membuat senaman.Contohnya, lihat sahaja apabila saja sudah berumahtangga anak adam itu, maka aktiviti senaman makin menjadi jarang dan hampir tiada. Makanan yang dimakan pula bukan yang berkhasiat seperti “fast food” atau yang sewaktu dengannya yang banyak mengandungiMSG. Air pula daripada jenis bergas aspartmin.Makanan yang kita makan ada juga yang bertindak sebagai bahan pembakar yang akhirnya meransang metabolisma. Elok juga kalau diamalkan terutama sekali kita yang berada di Malaysia ini yang sudah tentunya makanan-makanan ini senang didapati.Antaranya:
  • Cili atau mustard adalah makanan yang juga betindak sebagai pembakar kalori sehingga 12% kalori
  • Teh hijau juga mampu membakar 100 kalori setiap hari. Anda hanya perlu minum 5 cawan teh hijau setiap hari bagi merangsang metabolisma.
  • Ambil makanan berprotein tinggi. Ianya juga berperanan mengenyangkan perut.
  • Kekacang seperti badam adalah baik kerana sumber calcium dan vitamin E baik untuk tulang dan kulit cantik serta penghadaman makanan.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan hijau dan merah.
  • Suplemen minyak ikan omega3 juga baik untuk mata dan otak dan jantung agar sentiasa cergas dan tidak mengantuk. Ini elok diambil pada waktu pagi dan awal malam.
  • Air minuman sebanyak 8 mug setiap hari.
Makan pagi – tambahkan telur ayam kampung dan minum susu kambing.
Makan tengahari – elok dipelbagaikan dengan tuna, salmon, kekacang, daging merah dan ayam kampung.
Makan malam – susu soya dan cereal.
Aturkan sumber pemakanan anda agar mengandungi 40% karbohidrat kompleks, 30% protein dan bakinya lemak.
Walaupun banyak makanan dari jenis pembakar lemak seperti sayur-sayuran tetapi sebaiknya makanlah dari jenis organik atau ditanam dengan tidak menggunakan baja sintetik.
Seperti kacang soya, walaupun baik untuk gantian hormon bagi wanita terutamanya – 90% tanamannya adalah secara GMO atau ditanam dengan teknik terkini tidak secara organik agar cepat mengeluarkan hasil.
Di Malaysia yang tidak ditanam soya, ianya sudah tentu diimpot dari negara pengeluar yang mengamalkan GMO. Oleh kerana ianya GMO maka menafaat dari kacang soya tidak dapat dinikmati malah memburukkan tubuh badan.
Jadi pilihlah makanan anda untuk metabolisma cepat dan gaya hidup sihat.

















Tuesday, August 07, 2012

blogger dan kenangan nostalgia diorg sumer

tgh2 bz buat hearing, sempat blogging, voley?

tah cmner tetiba terlintas nk g tau pasal bila baca2, selak2 blog rakan 2 , mostly akan singkap kenangan diorg time dolu2. ala2 down to the memory lane gtew kahn. sumer bawak stok jiwang yg amat sampai aku pun terkena skali simtom jiwang tu.

tapi camner pun, aku amat bertimer kaseh kat memember yg sanggup and sampai hati mencurah kan segala foto memory yg diorg ada ke dlam blog memasing.

yg paling aku suka, kenangan di uitm. to be specific, uitm melaka. uitm london gtew...

uitm lain tu, g mampos. malas nk pikir.

byk kenangan manis di uitm london sana.

kenangan bertenet, kenangan baca majalah ujang, kenangan membaca koleksi kamasutra (oopps) time exam.

Sejarah Usahawan Kurma – Yusof Taiyoob

Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd. Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. 

Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.
 

Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaankurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.

Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...